cerita 1
kisah ini berlaku hampir di semua sekolah asrama.baik lelaki mahupun perempuan.aku telah menemuramah beberapa orang yang "bertuah" yang ceritanya hampir serupa lalu ku kumpulkan disini untuk renungan semua.
untuk membolehkan pembayangan yang lebih visualistik, hendaklah diketahui bahawa setiap dorm disusun (maksud aku almari dan katil) dengan teratur untuk memberi satu ruang harian yang kondusif untuk setiap pelajar.iaitu almari2 biasanya disusun begitu jua dengan katil biasenyer doubledecker pon sebaris (aku penah melawat asrama adek aku) .
kisah ini berlaku hampir di semua sekolah asrama.baik lelaki mahupun perempuan.aku telah menemuramah beberapa orang yang "bertuah" yang ceritanya hampir serupa lalu ku kumpulkan disini untuk renungan semua.
untuk membolehkan pembayangan yang lebih visualistik, hendaklah diketahui bahawa setiap dorm disusun (maksud aku almari dan katil) dengan teratur untuk memberi satu ruang harian yang kondusif untuk setiap pelajar.iaitu almari2 biasanya disusun begitu jua dengan katil biasenyer doubledecker pon sebaris (aku penah melawat asrama adek aku) .
contoh dorm (katil patutnyer 2 tingakat,tapi ni jer gambo yg aku jumper)
seperti biasa, kejadian ini berlaku pada waktu malam tatkala semua pelajar masuk tidur.lampu dorm ditutup.susasana yang terang tadi menjadi gelap.hanya kedengaran bunyi kipas berputar dan cengkerik sahut menyahut.kalau bertuah terdengar plak bunyik anjing menyalak. auuwww!!.menurut sumber cerita ini diperolehi, kira2 pukul 2-3 pagi camtu, dia tersedar dan cuba memperbetulkan postur tidurnya yang kurang selesa.saat itu jualah dia terdengar suara perempuan tua mengira sambil ketawa
"satu dah bangun...nenek nampak..heeeee~~..cucu jangan pura2 tidur...heee~~~dua dah bangun...tiga dah bangun...heeeee~~~
dalam kesamaran malam itu,dengan perasaan takut nak mampos menyelubungi, dia ternampak bayang seorang manusia tua sedang duduk di atas almari sambil menghadap katil2 doubledecker
tempat dimana semua pelajar2 dorm tersebut tidur (memandangkan dia tidur di katil bahagian atas,ketinggian antara almari itu hampir separas dengan tempat tidurnya) .dia tau ada antara rakannya yg turut terjaga,tapi pada ketika itu terasa dirinya keseorangan.nak menjerit tak terkeluar plak suara.lagikan nak berlari keluar.sambil menarik selimutnya,takut yang amat sangat,dia cuba memejamkan matanye serapat-rapatnya berharap supaya cepat siang...sementara..nenek tersebut masih mengira sambil ketawa...
"satu,dua,tiga dah bangunnnnnnnnn......heeeeee~~~~~"
*************************************************************************************
cerita 2
kisah ini terjadi kepada pakcik aku sendiri.ianya telah lama berlaku tapi aku ingat sampai sekarang sebab time aku dengar citer ni aku kecik lagi.tapi aku punya takot rasa lagi smpai skarang.
mengikut cerita yang disampaikan ketika itu, pakcik aku dalam perjalanan balik ke rumahnya iaitu di muar,johor.pakcik aku nih memang terkenal dgn kaki pecutnya.kalo bawak keter tak cecah 160km/j memang tak sah.nak dijadikan cerita,ketika tu dia dah sampai tol tangkak.jam dah nunjuk hampir pukul 12 malam.kalo korang pernah lalu jalan yang betol2 selepas tol tangkak yg menghala ke muar korang mesti perasan kat situ banyak nak mampos pokok getah,berekar2 aku rase..setiap kali aku balik kampong mestii lalu jalan tuh.time tuh baru first time aku tau bau bau busuk kat tempat tu datang dari getah sekerap.back to the story,jalan kat ctu gelap nak mampos,cuma kadang2 jalan diterangi lampu kereta yang lalu lalang.tu pon jarang2..(dulu la nih).jadik kener pakai high beam.
pakcik aku dah tak bley blah,ngatok giler.dia pon pecut kat ctu.seperti biase,usya kena baek punya..cek blakang orait.side mirror kiri clear.time dia nak check side mirror kanan dengan tidak semena-mena dia ternampak ade seorang tua berlari sambil memegang keretanya.menurut pakcik aku, tatkala dia terpandang pakcik tua tu,pakcik tua tu senyum sinis kat dia. (aper kejadah orang tua dah lebih separuh abad berlari sama laju dengan kereta yg dipandu menghampiri 160km/j).pucat lesi pakcik aku time tuh.cam biase,nak jerit tak kluar..so nak buat ape lagi.tanpa membuang masa pakcik aku terus memecut keretanya tanpa menoleh langsung cermin sisi nya,hinggalah dia sampai ke rumah dia.masuk je rumah, dia terus masuk bilik tidur.makcik aku tanya haram dia tak jawab.esok nyer dia demam panas 2 hari..
p/s: aku bukan peminat hantu tua!!
*************************************************************************************
cerita 3
kejadian ni pon berlaku lama dulu.
kami sekeluarga termasukla sedara mara,sepupu sepapat,ipar duai,atok nenek telah mengadakan percutian beramai2 di suatu tempat di PD.aku tak ingat tempatnya.disebabkan bilangan ahli kelorga yang ramai,kami telah menyewa sebuah banglo 2 tingkat bagi memuatkan semua orang (tp tu pon tak muat jugak).
malam itu selepas makan malam, kami pon memulakan aktiviti bebas masing2.kumpulan mak2 berborak2 tak habis.bapak2 tengok tv.anak2 kecik main masak2 sesama diorang.aku yg ketika tu sedang meningkat remaja, memilih untuk bermain SAIDINA bersama sepupu2 aku yang lebih kurang baya2 aku time tuh.hampir 8 orang jugakla yang maen.sape yg penah maen SAIDINA, mesti tau, bender ni kalau tak habis lebih 1 jam mesti tak sah.hampir tengah malam jugakla kitorang maen.
dalam ramai2 tu, ader seorang sepupu lelaki aku ni(lagi tua dari aku),telah keluar dari keriuhan itu untuk menhisap rokok di beranda sesambil hirup udara segar.kebetulan time tuh, banglo tempat kitorang duduk tu betul2 bertentangan dengan hutan.tapi dah ader pokok2 yg telah ditebang.maybe nak tambah resort lagi kot.jarak antara hutan tersebut dengan banglo kami hanya dipisahkan dengan sebatang jalan yang luasnya hampir 15 kaki.berbalik kepada cerita semula,sedang2 dia hisap rokok tu, tiba2 dia masok balik dalam rumah dengan muka pucat lesi dan gabra semacam.dia terus masok bilik.
semua antara kami sedar akan perubahan itu.permainan kami terganggu sebentar.makcik aku yang merupakan ibu kepada sepupu aku tadi terus memasuki bilik itu untuk bertanya apa yang berlaku.sebentar kemudian sepupu aku yg merupakan antara pemain utama SAIDINA juga disuruh masuk.kejap lagi atok aku pulak disuruh masuk.perghhh...saspenn..
tiba2 mereka kluar.keadaan dah tak meriah macam tadi.sepupu aku dah taknak maen SAIDINA lagi.tambahan kami semua disuruh masuk tido.ADEHHH...kacau betul.tapi aku tau ader yg tak kena.aku try intai bilik sepupu lelaki aku tadi.aku nampak dia tengah berselubung.sambil makcik aku ader kat sebelah.PELIKK
esoknya kami checkout.aku masih tak tau cerita sebenar.tapi sebelom kami sekeluarga bergerak pulang,mak aku tunjuk something dekat hutan seberang jalan banglo yg kitorang duduk tuh.sebatang pokok yang tidak lagi berdaun yang besarnya sebesar pemeluk org dewasa.betul2 kat tepi jalan berhadapan dengan banglo kitorang.mak aku cakap
"kat situla si shahril nampak benda tu"..
aku konpius..mak aku pon bukak citer.menurut mak aku malam tu, sepupu aku keluar kat beranda nak isap rokok(betul2 kat depan pokok tak berdaun tuh).usya baek punya,sebab time tu mak dia taktau dia isap rokok.depan ok,kanan ok,kiri pon ok.dia pon nyalakan baek punyer rokok dier tuh..hisap..hembus..hembus..hisap.toleh kiri kanan.tiba2 time dia menikmati udara malam tuh,dia nampak ader makhluk BERTENGGEK kat batang pokok yg betul2 depan mata dia tadi.makhluk tu serba putih,rambut panjang tengah dok pandang dia..
sebelum kami pulang,sempat aku amati jaraknya sekali lg,mmg tak jauh pun kedudukannya.......
************************************************************************************
cerita 4
kejadian ini berlaku ketika aku di matriks johor,tangkak.cerita ni aku dengar dari kawan aku.maybe korang penah dengar.tapi sajer aku nak kumpulkan cerita2 seram kat sini.
ketika di matriks,satu bilik ditempatkan seramai 4 org pelajar.memandangkan bagi aku matriks aderla tempat paling stress bagi aku,semua org tak abes2 blajo...aku menghadapi culture shock sebentar.nak dijadikan citer,time tuh minggu exam dah nak dekat.org kata time mcam nilah banyak benda mengaco.menurut kawan aku nih, dia ader sorang kawan ni yang memang giler study malam.stay up sampai ke pagi.
satu hari tu,cam biasa,dia bljar lewat malam.kawan2 sebiliknyer dah selamat dibuai mimpi.plannyer nak sampai pagi.kononnyer time tu yang paling tenang dan sunyi.bace bole masok sket.tengah2 dia khusyuk study,tiba-tiba biliknya diketuk..."tok..tok...tok"
dia tengok jam,katanya dalam pukul 2 pagi ke atas.dalam hati dia dah berkata..
"sapa plak la yang ketuk memalam buter ni".dia pun bersuara
"siapa tu??"
suara di luar pun menjawab,
"orang sebelah"
dengan hati yang lega tanpa mengesyaki apa2 dia trus berlari ke pintu.sebab rakannya di bilik sebelah rajin jugak datang bertandang ke bilik dia.kadang2 nak makan sama la,nak tanya soklan la..dia bukak pintu perlahan-lahan takut menggangu rakan2nya yg sedang tidur.
tapi malangnya,yang berada di depannya ketika itu bukanlah rakannya dari bilik SEBELAH.tetapi satu makhluk yang betul2 mempunyai SEBELAH badannya sahaja (simetrinyer).sambil tersenyum dengan mulutnya yang juga SEBELAH...
dengar cerita,budak tu dijumpai oleh rakan2 sebiliknya pengsan di hadapan pintu biliknya pada esok paginya...
to be continued....
*************************************************************************************
No comments:
Post a Comment