Monday, July 06, 2009

HARI BAPA..

Rasa-rasanya masih belom terlambat untuk aku mengungkapkan selamat hari bapa kepada bapa ku yg terchenta..mungkin terdapat sedikit kelewatan dalam mengepost entry ini..tapi ibarat kata omputeh 'better late than never' kan..maka itu yang cuba ku prektikkan disini...


Tak payah la aku cakap lebih2 disini..seharusnya diperkenalkan sahaja bapaku terchenta ini sekarang..nahh..perkenalkann..





Tak perlulah untuk aku perkatakan yg kedudukan bapaku mestilah yang disebelah kanan. bergaya bukan...



Ooohh..jangan salah paham..bapaku bukan sedang memimikasikan seorang wanita seperti yang cuba ditonjolkan dalam gambar tersebut..cuma pada ketika itu, hujan kelihatan seprti gerimis, memandangkan rerambut di atas kulit kepala bapaku agak berkurang..maka bagi mengurangkan risiko menghidap penyakit demam panas, hidung meleleh..srott..srett..batuk yg menggegarkan otak, serta perasaan bengang (pening) seperti terasa nak menlempang muka orang, yang disebabkan hujan tadi, maka keperluan untuk mengkaver kepalanya adalah perlu, yang terbaek sekali ialah dengan menggunakan kain tersebut..dipohon segala pengertian yer..


Tetapi..gambar ini memang comel..bulat sekali..bapaku dengan bergaya sekali berjalan sebegitu rupa tanpa mengiraukan orang lain..aku pulak yang gelak berguling...wakakkakakakkaka....



Terlanjur disini, ingin sekali aku mecatit sedikit sebanyak mengapa aku kater bapak ku memang bergaya sekali..



1) SIKAP MENUNJUKKAN TAULADAN YANG BAIK PADA ANAK-ANAK

Bapa ku seorang yg pembersih, suka basuh baju, basuh pinggan, suka menyapu, suka mop..dan segaler yg melibatkan kebersihan. aku suka tengok dia sambil menongkat dagu membasuh pinggan serta menyidai baju. sungguh berseni sekali...(lepastu aku kena sembur..)



2) SIKAP TIDAK MENGHAMPAKAN HARAPAN ANAK-ANAK

Kalo dia memandu, jarang sekali melebihi 80 km..pernah sekali dibawa kereta dengan kelajuan 40km/j, ku tegur, dengan berkata bahawa "kura2 lagi laju", serta merta dipecut kereta tersebut, dengan menambah 10km/j lagi..maka totalnya 50km/j..



3) SIKAP MENGASIHI ANAK-ANAK

Bapak aku tak lempang muka aku setiap kali aku maen cucuk2 perut dia sebab perutnya berlipat dua



4) SIKAP YAKIN DIRI

Setiap kali dia rasa badan dia dah naek, dia pergi joging, bila balik rumah cepat2 tengok badan dekat depan cermin, lepastu cakap "haa...kan da kurus"..esok dan hari2 seterusnya, dah tak jogging lagi...hebat bukan



5) SIKAP MENEGUR ANAK-ANAK DENGAN BERHEMAH

Bila bapak aku bagi satu dua das ceramah dia, tidak semena2 aku menguap..tapi yang peliknya..bila bapak aku cerita pasal sejarah, jangankan menguap siap aku suroh tambah lagi 2-3 das...



6) SIKAP PENYABAR

Bapak aku sorang jer yg boleh stand mak aku.kalo harap aku, mmg da lame aku blah..nak kenal dengan mak aku?? silala bertandang ke rumah...aku boleh gorengkan keropok..



7) SIKAP MEMENTINGKAN KEBERSIHAN

Bapak aku boleh mandi lebih dari 5 kali sehari lepastu claim badan dia tak bau busok..malah bau pandan lagi..aku kagum..



(8) SIKAP MENGHARGAI BARANG

Bapak aku ader lebih dari 50 stokin kaki, tapi yang peliknya bahagian kanan dan kirinya tak sama..maner pergi pon aku tak tau...so kalo nak kira yg dua-duanya sama, aku rasa ader 3 jer kot..



9) SIKAP AKU SEBAGAI ANAK YANG PEMALAS..SATU SEN TAK GUNA

Sudah-sudah la tuuu..kalau nak cerita, bila nak habis pun aku kurang pasti...maka




SELAMAT HARI BAPA, ABAH..

sesungguhnya anakmu ini baikk sekali..usahlah risauuu...ngeh3



p/s: bapak aku suka makan udang..


No comments: