Thursday, February 19, 2009

PERMASALAHAN

aku terasa seperti hendak berbahasa melayu pula..

owwhhh..minggu ini terasa sangat memenatkan dan menduga ketahanan jiwa aku sebagai seorang belia muda (dasatt).aku mengalami agak ketekanan dan kestressan yang agak ketara jua kerana segala yang datang menimpa sangatla bertimpa-timpa hendaknya. memang aku akui, semuanya adalah di atas kesalahan ku. malah aku yang menempahnya..sesuainya aku menempah baju kurung raya saja...kurang-kurang bole dipakai..ahh...terpesong sudah....

maka disini, ingin sekali kucoretkan segala peristiwa yang kurase sangat memalangkan tapi benar2 menyentakkan kepaler hotak aku supaye berhenti dari berada dalam keadaan minda bawah sedar...perghhh

1) memandangkan tahun ni aku berada di semester akhir dalam pengajian sarjana ku (sem 4), maka aku seharusnya menghasilkan sebuah buku berkulit keras yg dinamakan tesis dimana didalamnya nanti menceritakan dan mengompailkan segala kerja2 yg dilakukan sepanjang tempoh pengajianku.maka dengan terhaselnya tesis tersebut, bolelah kiranya aku bergraduat dengan cemerlang dan bergayernyer sambil memakai cermen mata hitam...(khayalan sahaja)

permasalahan: hmmm..memandangkan aku amat bermasalah dalam pemfokusan, tambahan pula jika ianya melibatkan pebacaan bahan2 ilmiah yg amatlah melibatkan perkataan2 semata, maka ku rasakan amatla menyiksa jiwa batinku.tulisan yg berwarna hitam, bersaiz 10-12, berjenis times new roman atau arial, dan tidak berwarna warni sudah pasti sangat meniggalkan sindrom impak kegilaan kepada diriku ini (sambil menarik rambut).

2) sekali lagi, memandangkan tahun ni aku berada di semester akhir dalam pengajianku , maka aku perlulah menghasilkan sebuah kertas kerja bagi mengompailkan segala kerja yang telah aku lakukan sepanjang meneruskan pengajianku inih untuk diterbitkan didalam jernal2 lokal ataupon antarabangsa bagi kononnya mendapatkan pengiktirafan terhadap kerja2 yg dilakukan dan supaya orang tak berguna tidak mencuri hasil kerja tersebut dan tidak mengaot keuntungan keji ke atasnya (setakat yg aku faham). yang lebih malang lagi, undang2 menghasilkan kertas kerja ini, telah ditetapkan oleh UPM untuk semua pelajar siswazahnya sebelom membolehkan pelajar2nya bergraduat dengan hati yg sangat tenang lagi ceria (maseh bercadang ingin memakai cermen mata hitam..tapi mugkin tidak dibenarkan).

permasalahan: maseh juga menghadapi masalah yg sama seperti yang telah ditaep di no 1. tapi yg membuatkan ianya lebih durjana lagi, kertas kerja itu perlu disiapkan dan dihantarkan drafnya pada selasa lepas bersamaan 17/2/2009 kepada penyelia ku. dimana, kemelesetan sekali dengan perancangan aku pada ketika itu untuk menyiapkannya pada bulan 5 kerana lebih memfokuskan kepada penyiapan tesis. dan apa yg lebih sadis lagi, aku perlu menyiapkan 2 kertas kerja. yang mana status kedua2 kertas kerja tersebut sangatlah tidak memberangsangkan sama sekalih....adehhh

3)untuk pengetahuan anda semua, bagi pelajar2 yang menjalankan kerja2 makmal seperti aku ini, maka diwajibkan ke tas setiap empunya diri untuk memperolehi satu catatan kerja atau lebih dikenali "log buk" pelajar.kesemua kerja2 yg telah dilakukan, hendaklah dicatat didalamnya lengkap dengan tarikh dan hari serta pukul berapa serta kejadah lain yang berkaetan kerja2 tersebut dijalankan sebagai bukti yg ko buat kejer laaa.hampir terlupa pula.."log buk" tersebut juga hendaklah ditandatangani dan disahkan oleh penyelia pelajar tersebut.

permasalahan: yg menjadi masalah kepada aku sekarang, pada hari isnin lepas bersamaan 16/2/2009, aku telah mendapat emel bahawa aku perlu membawa buku tersebut semasa perjumpaan bersama penyelia2 penyelidik untuk di'siasat' (aku tak jumpa perkataan yang sesuai) dan untuk ditandatangani oleh mereka.tetapi malangnya....... haih...biarlah gambar2 di bawah yang khas aku muat turunkan dari kamera digital olympusku yg bermegapixel 7.1 semata2 untuk diposkan di blog inih..benarlah orang berkata, gambar mempunyai seribu maksod untuk disampaikan berbanding perkataan..tapi gambar di bawah hanya mempunyai satu maksod sahaja..(aku tak pasti ada kena mengena atau tidak dengn orang yang berkata ituh..faham tak apa yang aku cuba aku sampaikan disini..tak faham??ader aku kesah ker??..ooopppss..im sorry...)



buku 1

mesti kalian semua tertanya, apakah signifikasinya aku memuat turun gambar2 berupa buku ini disini.baeklah..mari aku perkenalkan..masalahku..buku yang pertama ini adalah log buk aku..merangkap log buk pada ketika aku maseh menuntut pengajian ijazahku dan juga sarjana ku sekarang..buat pengetahuan sekalian juga, buku 'exercise' ini adalah setebal 120 muka surat (buku latihan bahasa melayu adik aku darjah 5 pon lagi tebal dari ni).memudahkan cerita, melalui log buk ini juga,bole disimpulkan bahawa..ko buat ijazah ke master ker..same jer..takder beza..buku ni gak aku guner...



muka dalaman buku 1


sengaja ku tunjukkan muka dalaman exercise buk ini.kelihatan lukisan gunung ganan g disitu..owh..gunung daik pon ada sekali...berserta sungai2 indah nian yang mengalir.


muka dalaman buku 1 yang agak serius


bagi menunjukkan aku benar2 menjalankan projek sarjana ku..ku muat turunkan sekali mukasurat ini..supaya agak kelihatan lebih serius sedikit.dan sepanjang hampir 2 tahun aku melanjutkan pengajianku,buku ini tidak penuh2/habis sampaila sekrang..aku kemusykilan..mungkin hilang ditiup angin barangkali...


buku 2


memandangkan exercise buk itu tidaklah sesuai sekali untu dijadikan sebagai log buk, maka aku telah disarankan oleh rakan semakmalku untuk menukar kepada log buk yang lebih sesuai dan bergaya..maka ku tukar kepada yang ini (buku 2)..

mungkin agak bergaya

aku telah mebuat janji dengan diriku sendiri, agar memindahkan segala yang terdapat dalam exercise buk itu ke dalam log buk baru ku ini termasuklah sekali yang telah ditiup angin tadi. tetapi sampai sekarang, inilah hasilnya..sangal licin danputih bersih..seperti memakai fair n lovely..ohhh


muka dalaman buku 2


hendak dijadikan cerita, di fakulti/jabatan di mana aku menyambung pengajianku sekarang, telah mula menghasilkan buat pertama kalinya log buk jabatan mereka.oleh itu, dikuatkuasakan segala pelajar siswazah mnggunak buku tersebut untuk penstandardan dan pelarasan pentadbiran (mungkin omongan kosong sahaja). jadi, semestinya, buku tersebut lebih bergaya dari log buk ku sekarang.

mungkin aku agak bertuah dan diberkati, maka menurut mereka, bagi sesiapa yang telah menamatkan kerja2 makmal mereka sebelum awal januari 2009 ini, tidak perlulah bersusah payah menggunakn buku tersebut. maka dibolehkan menggunakan log buk yang lama..aku sangat beruntung.hmmm...bagoss...mungkin boleh kiranya aku melukis gunung ganang dan sungai yag lebih cantik lagi di dalam buku ini.

ya...inilah dia..sangat kemas sekali...

buku 3


jadi, masalahnya..aku belum pun memulakan sebarang pemindahan tersebut baik dari exercise buk, ke log buk ku yang lebih bergaye ituh apatah lagi ke log buk jabatan yg kemas sekali. maka bole diklasifikasikan dsitu, aku agak stress sekali..memang nak mamposs agaknya aku ni...(berkata didalam hati..sambil menarik rambut lagi)..

4) bagi menghilangkan kestressan aku itu, aku dan rakan2 telah membuat perancangan untuk menonton wayang pada hari rabu bersamaan 18/02/2009. aku melibatkan diri, dengan niat kononnya bagi meleraikan segala kekusutan yg telah ku alami disebabkan sebab2 diatas.setelah mencapai kata sepakat, kesemua antara kami memilih untuk menonton cerita "the curious case of benjamin button"..


itu adalah brad pitt..boleblah tak???


aku mungkin agak tidak berminat pada mulanya..tetapi memandangkan pelakon utamanya adalah brad pitt..maka kuturutkan sahaja..jam bermulanya cerita tersebut adalah pada pukul 9.20 malam. masing2 sudah mula menumpukan kepada cerita yang ditayangkan. popcorn di tangan sudah pasti menambahkan kekhusyukan sambil me 'ngap'..'ngap'..'ngap'..'ngap' . anak-anak gadis menempatkan diri di bahagian depan manakala yang teruna2 "gagah perkasa" di bhagian belakang tempat duduk si gadis2 tadi.


sempat ku toleh kepada yang teruna2 ketika itu, ku lihat rizal sungguh asyik terpaku melihat kelembutan watak wanita di dalam cerita tersebut ketika sedang melakukan tarian ballet. ku kira, dia mesti mahu mencari idea baru dan mempraktikkannya dalam "tarian" badminton nya.doaku padanya semoga brjaya. bumbing pula sangat khusyuk apabila bahagian brad pitt yang kacak itu menguasai cerita. mungkin sedang memasang angan2 satu hari dia ingin menjadi seperti "brad pitt".mungkin versi timur.. tetapi yang lengkap dengan kesopanan dan jurus2 serta hikmat2 "keji"nya. sekali lagi ku doakan semoga dia berjaya. manakala si asrul, kuperhatikan sangat fokus, mungkin sedang mengutip bait2 ayat yang digunakan untuk dipraktikkan dalam pekse bahasa inggeris nya atau mungkin jua berangan untuk mempunyai ketinggian seperti brad pitt. buat kesekian kalinya ku doakan semoga berjaya.


sudah-sudahla selingan tadi.berbalik kepada isu yg coba disampaikan tadi, jadi memandangkan cerita tersebut ku rasakan seperti cerita biasa sahaja..maka telah ku peruntukkan lebih kurang 2 jam sahaja untuk cerita tersebut tamat

permasalahan: ternyata sangkaan ku meleset sekali. cerita tersebut berlarutan sehingga ke pukul 12 malam.iaitu lebih kurang hampir 2 jam 45 minit.setakat 2 jam lebih itu, kukira bukan la masalah besar bagiku.tetapi kalau diambil kira kejantinaan aku yg gadis comel ini, malah menumpang di rumah ibu bapa,pulang pula pada jam yg sebegitu ..memanglah kurasakan layak la sangat mukaku ini diganyangkan saja lalu dihambat oleh orang tuaku. berkali2 bapaku menalifon ku, tetapi dibiarkan tidak berangkat begitu sahaja.

setelah ku hantar semua rakan2 ku pulang, ku berkira mahu mengangkat panggilan tersebut. mungkin lebih baek aku dijeritkan di talifon, berbanding aku di beri sepak terajang di rumah.yerr...itu satu strategi ku kira.maka, ku hangkat..seperti dalam jangkaan ku,memang mahu berdarah rasanya koklea telinga ku (hiperbola). jika diambil kira frekuensi serta kenyaringan suara ditambah lagi ayat2 seperti mesin gan menusuk ke bahagian luar lapisan hatiku..tetapi ku diamkan saja. ku kira, kalau dijawab, mungkin aku akan dibenam pula di longkang luar rumahku. huh...sesampai dirumah, seperti berjaya sekali strategi ku tadi.marah bapaku semakin reda..cuma sedikit serpihan2 peluru mesinggan tadi yang berjaya di terbangkan padaku.aku agak luka disitu..tetapi tidaklah seteruk dibom dengan bom tangan buatan sendiri.

4) maka, jika dikumpulkan dan dikombinasikan permasalahan2 tersebut untuk 3 hari berturut2..hagaknyerrlakan..selayaknya la kan..apalah yang patut aku rasakannnn....

permasalahan: AKU RASE MACAM....MACAM....MACAM...MACAM...ahhh...sudah sudah laa (geng sepah raja lawak)..ini antaranya...

a) nak pergi bersenang2 sambil baring2 di atas lebuhraya karak sambil menikmati keindahan alam

b) nak pergi ketok kepaler,sepak, belasah orang..pastu lari jaoh2

c) nak tukar hp 3315 aku dengan n85 sekarang jugak..tapi aku ader 20 hengget jer dalam wallet

d) nak smash bumbing menggunakan jurus2 serta hikmat2 bola keji secara bertalu-talu ketika bermain badminton

e) nak cabut2 sawi yang ditanam oleh lin dengan ganasnyerr...sambil menyepray ulat-ulat yang dibela lin dengan sheltox

f) nak sumbatkan baju kotor aku yang dua bakul besor ni dalam mesin basoh aku dengan hanya satu pusingan basuhan

g) nak pijak kasot budak sekolah yg pakai kasot sekolah putih pada hari isnin..sebab mesti baru basoh

h) nak pergi daki gunung kinabalu sekarang jugak memakai swimsuit dan berkaki ayam...wakkakakakakakka

i) banyak lagi yang extreme aku nak buat...tapi tidak sesuai kurasakan untuk ditulis disini sebagai tontonan umum..kerana aku munkin dijadikan suspek utama bagi kes2 polids yang tidak dapat diselesaikan..maka...sudah-sudahlah...ahhh


p/s: aku mengambil masa yang agak lama bagi menghasilkan karya entri ini..beberapa kali aku tersengguk sampai tergolek ketika menyiapkan nya..aku tau masalah ini tak seberapa..tapi...ADER AKU KESAH???? dan BOLEBLAH....



9 comments:

Asrul Farrish said...

walaupon begitu banyak permasalahan ko..maseh sempat ko menjadikan sume org mangsa kutukan..sunggoh tidak patot sama sekali..ish3..

faiz_alin said...

nape nye ulat2 n sawi aku yg x bersalah 2 menjadik mangse keganasan ko nih...adoi la.skit punye panjang berjela post..pergh..sabo2..kurang2 ko da abes labwork.kitorg ni hah,nk ligan labwork,meeting lg..nk quit !!!!!hahahhaha...

Unknown said...

baru la akk tau betape sadisnye log book tersebut.
benjamin button pun masuk gak rupenye...mmg masalah berat!!!
tp agak terkilan di sni sbb p'xcort'an xmasuk plak.. ;)

boleblah (bb) said...

asrul: kutuk eh..kan haku glemerkan korang kat blog aku ni hah..wahhahahahha

lin: sabo2...aku ader..meh aku teman bakor gso nak...

kak nora:tau takperr...owwhh..iya tak iya juga...hampir terlupa disitu..oleh itu..saya mengambel peluang untuk mengutarakan rasa terima kaseh dan terharu tak terhenggaaa kepada asrul aka en tutor dengan kesudian mengescot saya ke rumah..terima kaseeyyy..(gaya amy search)

Asrul Farrish said...

hapasal gaya amy search lak..ko boleh buat gaya alleycats jer..wakakaka..

Anonymous said...

walaupun ko punye entry kali ni panjang nak mampos, tp aku rase nak bace 2-3 kali...masterpiece

aku dh tau kaitan antara log book ko tu dgn benjamin button...transformation log book ko dr mule2 sampai last skali same dgn transformation benjamin button dr die baby sampai jadik brad pitt (lepas ni ko tau la ape jadik dgn log book ko, jadik buku 555 kot)...genius

Unknown said...

kelako la ko ni..boleblah sungguh!

ish..tapi bayangkan bait2 ayat yg ko tulis ni same panjang dgn kertas kerja or tesis ko..huhuhu..mmg masyuk!

jgn stress sgt..ingat Tuhan..jom kite p qiamulai..huhuhu

boleblah (bb) said...

rizal:aku baru perasan aper yg ko cakapkan tu ader benonyer...relasensip log buk aku ngn benjamin si butang tuh...maka tetiber aku menjadi bangger..wkakakkakakak..patot saja difilemkan karya aku nih...wahhahaha

kak emy: jgn la diperumpamakan dengan tesis tersebut..terasa bagai nak menghantokkan kepala di batal saja...ohh...tapi sedang bertahan..
eh...bila mau badminton daaa

Anonymous said...

Genial fill someone in on and this enter helped me alot in my college assignement. Thanks you seeking your information.