Wednesday, July 22, 2009

GUMOK 3

Agenda: makan malam
Pukul: 7.45 maghrib
Ahli terlibat: je', bb, abah

Bapak aku perlu memenuhi undangan di hotel, maka agak sibuk untuk mencari pakaian yang sesuai. Setelah usai, dia berlegar-legar di ruang makan


abah: ok tak baju abah ni??

bb: (menoleh lalu mengangguk..kembali menyambung santapan)


tiba-tiba...


je': kak nya, cuber teka, aper yang HILANG kat muka abah??

bb: hmmm...ntah..janggut kot (kenape aku layan budak ni pon aku tak tau..tapi aku terujerrr)

abah: (cuba membersihkan bahagian dagunya supaya kelihatan berkilat barangkali)

je': bukan...(geleng)

bb: abestu???

je': LEHER

bb: (tersedak lalu menoleh)...wakakkakakakkakakkakakak...ha ah..takder la abah..mane pergiii???...wakkakakkakakak

abah: amboiii... ko ngenakan abah eh je'..




p/s: kali ini tidak melibatkan aku..lantas gumbira hingga ke sudah...dan... LEHER AKU MASIH NAMPAK LAGIIIIII.......ngua3

Monday, July 20, 2009

KOPI

Iklan tv3

"minumlah KOPI JANTAN"

Huraian bb: sesuai untuk diminum oleh semua LELAKI ataupun barangkali lebih terbuka definisinya, kepada segala yg berstatus JANTAN (e.g, haiwan dan tumbuhan)


tapi kalau


"minumlah KOPI JANDA"

Huraian bb: maka untuk diminum oleh JANDA sahaja. so aku tak bole minum..sebab aku bukan JANDA..




p/s: sebab aku sangat bosan, serba serbi aku buat rasa macam tak kena. sampai hobi terchenta (TIDO) aku terasa janggal sekali jika diprektikkan. aku mungkin memerlukan se -das tamparan paradigma. sekali sekala tersungkur dengan kepala terpusing 177 darjah aper salahnyer..kalau itu membawa kepada kebaikan..betul tak aku cakap???tak betul ker..ader ADER AKU KISAH!!!.baek ko diam sebelum aku freekan penampar kaki aku ni...ooopppss...maaflah, aku terkasar sedikit....mungkin bahana bosan barangkali aku berhalusinasi seketika..

Tuesday, July 14, 2009

SALAH PAHAM

Kejadian 1

Je' bagai sedang membelai2 si putih (haiwan pemuliharaan kami). Memandangkan si putih yg dahulu dengan si putih yg sekarang sudah berbeza dari segi saiznya.maka, je' kukira ketika itu sedang mencoba untuk mengukur kepanjangan badan si putih..


je': putih!!! sini ko..

bb: (khusyuk layan laptop)

si putih: (dgn bergaya berlalu pergi sambil perutnya melambai2 ke kiri dan kanan tanda 'bye')

je': (pedulik haper..menyambar si putih..sambil sebelah tangan memegang sebatang pen kilometriko)

je': sinila putih...nak ukur panjang ko la

si putih: (rela)

je': hmmm...panjang putih dah 1 EKAR rupenyer..

bb: (telinga aku cepat tangkap, mulut aku lantas tergangah mengalunkan..wakkakkakkakakka...)



p/s: naseb baik tak cakap "sentimeter padu"




Kejadian 2


Ayum mengutarakan kemusykilan nyer kepada ku..


ayum: kak nya...PAYUDARA tu aper ek??

bb: (terkejut lalu menoleh) hapasall??

ayum: kat sekolah, kawan-kawan ayum ader cakap pasal PAYUDARA tu. dia kata PAYUDARA tu buah dada. betul kerr??

je': haa..betul la tu..PAYUDARA tu buah dada laa..aper laa..tu pon tak tau (sampukan je')

bb: hammboiii..ko je'..kemaen lagi ko eh..hmm..betul la tu ayum..takkan tu pon ayum tak tau..

ayum: maner ayum tau..ayum ingat PAYUDARA tu PAYUNG UDARA..

bb: hah..kahkahkahkahkahkahkah..adoilaaaa



p/s: ini namenyer SUCI

Monday, July 06, 2009

HARI BAPA..

Rasa-rasanya masih belom terlambat untuk aku mengungkapkan selamat hari bapa kepada bapa ku yg terchenta..mungkin terdapat sedikit kelewatan dalam mengepost entry ini..tapi ibarat kata omputeh 'better late than never' kan..maka itu yang cuba ku prektikkan disini...


Tak payah la aku cakap lebih2 disini..seharusnya diperkenalkan sahaja bapaku terchenta ini sekarang..nahh..perkenalkann..





Tak perlulah untuk aku perkatakan yg kedudukan bapaku mestilah yang disebelah kanan. bergaya bukan...



Ooohh..jangan salah paham..bapaku bukan sedang memimikasikan seorang wanita seperti yang cuba ditonjolkan dalam gambar tersebut..cuma pada ketika itu, hujan kelihatan seprti gerimis, memandangkan rerambut di atas kulit kepala bapaku agak berkurang..maka bagi mengurangkan risiko menghidap penyakit demam panas, hidung meleleh..srott..srett..batuk yg menggegarkan otak, serta perasaan bengang (pening) seperti terasa nak menlempang muka orang, yang disebabkan hujan tadi, maka keperluan untuk mengkaver kepalanya adalah perlu, yang terbaek sekali ialah dengan menggunakan kain tersebut..dipohon segala pengertian yer..


Tetapi..gambar ini memang comel..bulat sekali..bapaku dengan bergaya sekali berjalan sebegitu rupa tanpa mengiraukan orang lain..aku pulak yang gelak berguling...wakakkakakakkaka....



Terlanjur disini, ingin sekali aku mecatit sedikit sebanyak mengapa aku kater bapak ku memang bergaya sekali..



1) SIKAP MENUNJUKKAN TAULADAN YANG BAIK PADA ANAK-ANAK

Bapa ku seorang yg pembersih, suka basuh baju, basuh pinggan, suka menyapu, suka mop..dan segaler yg melibatkan kebersihan. aku suka tengok dia sambil menongkat dagu membasuh pinggan serta menyidai baju. sungguh berseni sekali...(lepastu aku kena sembur..)



2) SIKAP TIDAK MENGHAMPAKAN HARAPAN ANAK-ANAK

Kalo dia memandu, jarang sekali melebihi 80 km..pernah sekali dibawa kereta dengan kelajuan 40km/j, ku tegur, dengan berkata bahawa "kura2 lagi laju", serta merta dipecut kereta tersebut, dengan menambah 10km/j lagi..maka totalnya 50km/j..



3) SIKAP MENGASIHI ANAK-ANAK

Bapak aku tak lempang muka aku setiap kali aku maen cucuk2 perut dia sebab perutnya berlipat dua



4) SIKAP YAKIN DIRI

Setiap kali dia rasa badan dia dah naek, dia pergi joging, bila balik rumah cepat2 tengok badan dekat depan cermin, lepastu cakap "haa...kan da kurus"..esok dan hari2 seterusnya, dah tak jogging lagi...hebat bukan



5) SIKAP MENEGUR ANAK-ANAK DENGAN BERHEMAH

Bila bapak aku bagi satu dua das ceramah dia, tidak semena2 aku menguap..tapi yang peliknya..bila bapak aku cerita pasal sejarah, jangankan menguap siap aku suroh tambah lagi 2-3 das...



6) SIKAP PENYABAR

Bapak aku sorang jer yg boleh stand mak aku.kalo harap aku, mmg da lame aku blah..nak kenal dengan mak aku?? silala bertandang ke rumah...aku boleh gorengkan keropok..



7) SIKAP MEMENTINGKAN KEBERSIHAN

Bapak aku boleh mandi lebih dari 5 kali sehari lepastu claim badan dia tak bau busok..malah bau pandan lagi..aku kagum..



(8) SIKAP MENGHARGAI BARANG

Bapak aku ader lebih dari 50 stokin kaki, tapi yang peliknya bahagian kanan dan kirinya tak sama..maner pergi pon aku tak tau...so kalo nak kira yg dua-duanya sama, aku rasa ader 3 jer kot..



9) SIKAP AKU SEBAGAI ANAK YANG PEMALAS..SATU SEN TAK GUNA

Sudah-sudah la tuuu..kalau nak cerita, bila nak habis pun aku kurang pasti...maka




SELAMAT HARI BAPA, ABAH..

sesungguhnya anakmu ini baikk sekali..usahlah risauuu...ngeh3



p/s: bapak aku suka makan udang..