Friday, May 22, 2009

Kelahiran semBuR-Ono

Akibat mengalami kebosanan yang menyentap seluruh jiwa ragaku petang tadi, aku mengambil langkah akhir untuk melayari blog terchenta sebelum tumbang menyembah bumi di sofa empukku yang senantiasa setia menanti kehadiranku disisinya.

Tanpa diduga, datang idea di benakku ini untuk menukar tajuk besar blogku yang sebelum ini. ku kira ianya terlalu panjang dan aku terasa sangatlah terikat dengan kesopanan yang cuba ditunjukkan.maka aku perlukan sedikit sentuhan kelainan, kependekan serta kemudahan dalam memenuhi ciri2 tajuk blog yang selama ini aku inginkan.

Lalu ku khabarkan berita ini kepada kakandaku yang ketika itu sedang bermalasan-malasan disebelah sofaku yang setia tadi. cadangan ini disambut baek sekali olehnya, lalu bersama2 ingin menyumbang idea dan jerih peritnya mencari nama untuk blogku yang satu ini.

Berikut adalah butir2 perbualan kami di petang dinihari:

bb: abang, nya ingat nak tukor tajuk blog ar..amacam??

abang:
hmmm...ikot ko laa..

bb: sila sumbang idea..nak yang laen sket dan pendek..kalo bole satu perkataan jer


bagi memastikan dia memahami apa yang cuba aku sampaikan. aku berikan beberapa contoh nama blog yang kurasa 'menarik dan pendek' kepadanya. trkekek-kekek dia gelak..kekkekkeke


bb: hah..ader idea?

abang:
ermmm...PISANG KUNING..takpon PISANG MERAH

bb:
wahhahahahha..ader ker pulak pisang..aahh..laen..laen

abang:
ermm...REVOLUSI TERINDAH...whahhahahha

bb:
wakakkakakkaka..tak bole blah...geli arr..laen..laen

abang:
kalo AKU YANG BUTA...perghh..dalam maksud tuuuu

bb:
haa...taknak ah..laen..laen

abang:
kalo SIMPANG 5..orang selalu simpang 3, ato 4..ko saja lebihkan satu..amacam

bb:
hmmm...menarik2..kalo SIMPANG BERCABANG amacam..ngeh3

abang:
(buat muka..hek elehhh)

bb:
haaaa...kalo SEMBERONO...

abang:
hahhhh??? SEMBUR RONO????...

bb:
SEMBERONO laaa

abang:
aper??? SEMBUR RONO???

bb: SEMBERONO
la sengalll

abang:
halah...ko buatla SEMBUR RONO..barula laen sket..kira macam ko SEMBUR laa

bb:
hmmm...ader benarnya disituuu..



Maka, dari menunggu PISANG KUNING ditransformasi kepada PISANG MERAH, dalam mencari REVOLUSI TERINDAH bagi blogku ini walaupun ku tahu, aku ini adalah AKU YANG BUTA yang terpaksa melalui pelbagai jalan bersimpang termasuklah SIMPANG 5 sebelum ke depan sikit lagi melangkah ke SIMPANG YANG BERCABANG yang kukira semakin hampir dengan arah direksi yang dituju. dengan agakan yang SEMBERONO, dengan sedikit modofikasi, aku mengambil langkah pasti, meluah lalu menyembur segala resah di hati lalu menggapai dirimu...ohhhh...SEMBuR-ONO.......ok aperrr...ngeh3..bole laaa..ader aku kesah???




p/s: selamat tinggal 'A WAY OF KILLING TIME'..jangan risau..kau senantiasa di hatii..ohhh. btw, aku tak tdo pon petang tu, tak elok untuk otak aku..kesian si sofa setia..haihh

5 comments:

Asrul Farrish said...

From Wikipedia, the free encyclopedia

In Japanese, Ono (小野) and Ōno (大野) are different place names and also common surnames. Ono 'small field' and Ōno means 'large field'. Both are used as Japanese surnames and many different people use one of the two writings.

* ono, adj., delicious, tastes good.. ono grind(good tasting food). Hawaiian language

Unknown said...

haha!!
ajak minton xnk..
tu yg dok cari keje baru, b'banding keje yg m'gunung tu dilupakan.
reborn of a way of killing time, jd la sembur-ono. ;)

boleblah (bb) said...

asrul: ohh...aku memang semberono saja memilih SEMBur-ONO itu..tapi melalui wikipedia itu sekurang2-nyer aku telah melakukan langkah yg betul sekali...kerana maksodnyer tak kurang jugak baeknyer...ngeh3

kak nora: sort of reborn jugak la...ngeh3..elehh...minton konon...dia yang ader dating..ooppss...

faiz_alin said...

asrul..agak rajin ko tolong carik makne2 perkataan ni..

kak nora..ade ke perancangan minton.huhu..penat jek saye balik awal.ngeh3...

fariz..jgn le kabor kn satu dunia kak nora g dating.kang jadik isu2 selab kang susah.dia da la mmg da glamer..

boleblah (bb) said...

ooopss.. maap..terlanjur kata2 kukira disitu..ngeh3