Friday, May 29, 2009

SITUASI

SITUASI 1


je' membaca komen di blog bunbing di bawah tajuk postnya "semangat yang hilang"


komen tersebut:

Blogger nora said...

bukan nk sambung phd,ke? ;)

May 22, 2009 7:55 PM


sambil membaca dengan kuat

je': bukan nak sambung PAHAD ker??

bb:
hahhh...aperr je'???

je': bukan nak sambung PAHAD ker??

bb:
wakakkakaka...bukan PAHAD la..suker ko jer eh...P..H..D laaa..doktor, tau tak..




SITUASI 2


Dalam lif ketika dalam perjalanan nak makan tengah hari di kedai pak ya sri serdang

bb: ooohhh..rizal..how are u??

rizal: owhh...MY BODY IS NOT DELICIOUS..

bb dan rakan2 laen:
????

rizal:
"rasa tak sedap badan"...translet orang puteh laa..

bb dan rakan2 laen:
wakakkakakakkak...tak boleblah..


p/s: terbahak-bahak...

Friday, May 22, 2009

Kelahiran semBuR-Ono

Akibat mengalami kebosanan yang menyentap seluruh jiwa ragaku petang tadi, aku mengambil langkah akhir untuk melayari blog terchenta sebelum tumbang menyembah bumi di sofa empukku yang senantiasa setia menanti kehadiranku disisinya.

Tanpa diduga, datang idea di benakku ini untuk menukar tajuk besar blogku yang sebelum ini. ku kira ianya terlalu panjang dan aku terasa sangatlah terikat dengan kesopanan yang cuba ditunjukkan.maka aku perlukan sedikit sentuhan kelainan, kependekan serta kemudahan dalam memenuhi ciri2 tajuk blog yang selama ini aku inginkan.

Lalu ku khabarkan berita ini kepada kakandaku yang ketika itu sedang bermalasan-malasan disebelah sofaku yang setia tadi. cadangan ini disambut baek sekali olehnya, lalu bersama2 ingin menyumbang idea dan jerih peritnya mencari nama untuk blogku yang satu ini.

Berikut adalah butir2 perbualan kami di petang dinihari:

bb: abang, nya ingat nak tukor tajuk blog ar..amacam??

abang:
hmmm...ikot ko laa..

bb: sila sumbang idea..nak yang laen sket dan pendek..kalo bole satu perkataan jer


bagi memastikan dia memahami apa yang cuba aku sampaikan. aku berikan beberapa contoh nama blog yang kurasa 'menarik dan pendek' kepadanya. trkekek-kekek dia gelak..kekkekkeke


bb: hah..ader idea?

abang:
ermmm...PISANG KUNING..takpon PISANG MERAH

bb:
wahhahahahha..ader ker pulak pisang..aahh..laen..laen

abang:
ermm...REVOLUSI TERINDAH...whahhahahha

bb:
wakakkakakkaka..tak bole blah...geli arr..laen..laen

abang:
kalo AKU YANG BUTA...perghh..dalam maksud tuuuu

bb:
haa...taknak ah..laen..laen

abang:
kalo SIMPANG 5..orang selalu simpang 3, ato 4..ko saja lebihkan satu..amacam

bb:
hmmm...menarik2..kalo SIMPANG BERCABANG amacam..ngeh3

abang:
(buat muka..hek elehhh)

bb:
haaaa...kalo SEMBERONO...

abang:
hahhhh??? SEMBUR RONO????...

bb:
SEMBERONO laaa

abang:
aper??? SEMBUR RONO???

bb: SEMBERONO
la sengalll

abang:
halah...ko buatla SEMBUR RONO..barula laen sket..kira macam ko SEMBUR laa

bb:
hmmm...ader benarnya disituuu..



Maka, dari menunggu PISANG KUNING ditransformasi kepada PISANG MERAH, dalam mencari REVOLUSI TERINDAH bagi blogku ini walaupun ku tahu, aku ini adalah AKU YANG BUTA yang terpaksa melalui pelbagai jalan bersimpang termasuklah SIMPANG 5 sebelum ke depan sikit lagi melangkah ke SIMPANG YANG BERCABANG yang kukira semakin hampir dengan arah direksi yang dituju. dengan agakan yang SEMBERONO, dengan sedikit modofikasi, aku mengambil langkah pasti, meluah lalu menyembur segala resah di hati lalu menggapai dirimu...ohhhh...SEMBuR-ONO.......ok aperrr...ngeh3..bole laaa..ader aku kesah???




p/s: selamat tinggal 'A WAY OF KILLING TIME'..jangan risau..kau senantiasa di hatii..ohhh. btw, aku tak tdo pon petang tu, tak elok untuk otak aku..kesian si sofa setia..haihh

Wednesday, May 20, 2009

kenderaan..

pagi yang damai..


bb: abang, pergi kijer naek aper?

abang: naek kenderaan..

bb: kenderaan tu binatang ker??



p/s: ngeh3...

kambing!!

masa: jam 3/4 sebelum pukul 8 malam...
misi: ke mydin dan pusat tusyen
penglibatan ahli: mak dan ayum



abang: (sedang menstart enjin kereta diluar)

ayum: mak!!!! mak nak pergi mydin tak???ayum da lambat nak g tusyen ni!! (suara tinggi)

mak: haa..jap...'kambing...kambing'!!!....

bb: hah...apasal kambing plak??

mak: maksodnyer "coming...coming" laaa..

bb: wakakkakakakkaka....bole plakkk...




p/s: perut aku lebam..sebab gelak banyak sangat...

Tuesday, May 19, 2009

Cetusan mengemas bilik...

Memandangkan hari ini aku tak menjejakkan kaki ku yang langsing ini ke upm, aku berkira-kira untuk melakukan sedikit perkemasan di kamar tidurku yang merupakan antara tempat terpenting dalam hidupku di negara malaysia ini (moto: teruskan menjadi rakyat malaysia yang prihatin)

Memang agak separuh mamposs (oopsss..mintak maap) aku menjalankan misi aku kali ni. setakat menyapu sesampah, mengelap hehabuk, menyusun bebarang kukira bukan lah satu masalah besar, cuma sederhana jerr..tetapi, bahagian yang paling mencabar sesaraf di tulang 4 kerat aku ini adalah bahagian mengemas kini bebaju. ini termasuklah, meleraikan bebukit baju, mengasing2 kan baju, mengutip baju2, memenuhkan bebakul baju, menggantung2kan baju2, melipat-lipat baju dan segala tindak tanduk yang melibatkan baju2 lagi..

Memang ada terdapat sedikit ketegangan lagi stress disitu.tak perlulah ku khabarkan berapa kali aku menjerit2 histeria membaling baju2 yang siap ku lunggun tadi lalu berenang2 kuak bebas diatasnya bagaikan aku berenang di lautan biru di pulau perhentian..ohh..indah sekali..ahh..aku berangan rupanyaa...

Tapi ku kentalkan semangat di dada..memasang impian untuk melihat kamarku secantik dahulu (bila pon aku tak ingat), memotivasikan diri untuk tidak berada di takuk lama dan ingin lebih maju supaya kamarku ini kelihatan secantik kamar2 seperti di majalah IKEA atau di iklan2 promosi kedai2 perabot. Maka, dengan niat yang satu, aku teruskan perjuangan.

Lepas kubukitkan baju2 yang bertimbun, ku asingkan pula baju2 yang selalu di pakai/basahan dan yang jarang dipakai (selalunya untuk majlis2 keramaian atau aku saja nak melawo). kemudian ku hangerkan bebaju tersebut, sebelum ku sumbat secara bergantung ke dalam perut alamari berwarna coklat gelap itu. maka ketika itu , tidak semena-mena ku dapati, hanger bebaju ku telah berkurang sebanyak 20 keping dan almari bajuku kelihatan sudah begitu sendat sekali ibarat sarung yang membaluti nangka..ahh sudah..

Tapi ini perkara mudah, dengan terhinjut2 sambil menutup mulut supaya tidak kedengaran nafasku, aku bergerak ke kamar tidur adikku di sebelah lalu me'nyonglap' 15 hanger yang terdapat di dalam alamari mereka..sempat aku berbisik kepada almari tersebut "aku nak pinjam kejap..nanti aku pulang la balik"..dengan harapan alamari tersebut menyampaikannya kepada adikku nanti..lalu ku kembali ke kamarku, meneruskan pekerjaanku yg terbantut tadi.

Naahhh...siap sudahhh...inilah hasilnyaaa..mengagumkan bukan...tak sia2 penat lelahku membanting tulang..ohh




Hanya sebahagian perspektif kamar shj yang dapat ku pertontonkan disini..bagi mengelakkan susun atur kamarku itu diciplak oleh pihak tak bertanggungjawab..


Dalam keasyikan sendiri melalui proses perkemasan tadi..aku dapati beberapa fakta menarik tentang diriku yg ingin aku kongsikan bersama dan telah ku rungkaikan kepada 3 bahagian bagi memudahkan bicara.....ngeh3


aku mengalami...

masalah: aku tak suka lipat baju

penyelesaian: aku lebih suka menggantung bebaju. mudah sekali..hanya masukkan hanger tersebut di kolar baju..naahhh...siap untuk digantung

implikasi: hanger aku habes, aku kene keluar duit dan aku kene pergi mydin beli lagi..sebab selalu ditangakap me'nyonglap' hanger di bilik org laen..nama aku telah di black list sama sekali



aku jua mengalami..

masalah: aku tak suka menyapu melainkan terpaksa sebab nak kena bawak sekali dengan penyodok, pastu kene buang dalam tong sampah..leceyyy

penyelesaian: aku lebih suka guna vacuum..lebih mudah dan berteknologi..

implikasi: vaccum aku plak rosak, sebab menyedut sesuatu yang tak seharusnya disedut..adeh



sekali lagi aku mengalami'...

masalah: aku sangat malas memasak melaenkan aku mengalami masalah kebuluran..

penyelesaian: aku lebih suka makan aper yang orang laen masak..lebih senang dan jimat masa

implikasi: ukur lilit perimeter badan aku bertambah... senang citer aku jadik gemokkk..



masalah ini aku alami jugak iaitu...

masalah: aku jarang tgk tv...terutama tv1 2 dan 3 untuk akutiviti merehatkan minda

penyelesaian: aku lebih suka tdo..kan senang..

implikasi: aku jadik sangat malas, menyumbang kepda kegemokan jugak, otak ader sedikit benak, dan tesis aku pon tak siap2 lagi.



ah...tak sudah-sudah...

masalah: aku tak tdo lagi sekarang

penyelesaian: aku taip entri ni

implikasi: aku tdo lambat, esok lepas subuh aku tdo balek, so aku pergi lab pon lambat...





p/s: sekadar coretan si pembuang masa...

Thursday, May 14, 2009

SESAK....

Sedutan temuramah MHI tv3 di pudu raya



wartawan: apa yang menyebabkan pudu raya ni sesak???

encik: oo..pudu raya tak sesak..jalan raya depan pudu raya yang sesak..


bb: hmmm...




p/s: pudu tak sesak rupanyaa..ooo..

Monday, May 11, 2009

SELAMAT HARI IBU..

aku nak post jugak walaupon aku sebenarnya dilarang sama sekali melayan aktiviti berblog buat seketika untuk kebaikan aku....

While preparing for solat maghrib

je': mak..je' nak bagi mak adiah hari ibu..
mak: hah...bak sini..yang laen..mana hadiah hari ibu mak!!!(kuat)
bb: (adeh)
je': mak suka teddy bear tak?
mak: tak
je': mak nak teddy bear tak? (berani tanya lagi)
mak: tak nak..DAH TUA-TUA GANYUT NI NAK TEDDY BEAR BUAT APERR...
bb: waakakakakkaka...mak nak teddy bear, mak?? (cakap ajuk)...wahauhauhau

p/s: mungkin kedengaran agak kejam..tapi aku tau je' sudah memasang angan2 untuk membalas...lallalallalalal..

SELAMAT HARI IBU, MAK!!!!




after solat maghrib

abah: nya..aper yang new york-new york tuh??
bb: hah??? (kurang tangkap sambil membuat muka penuh tanda soal)
abah: alahh...yang untuk muka tu laaaaa...
bb: oooo...yang tu..New York Skin Solution tu ker
abah: haaaa...yang tu laaa(sgt excited)
bb: apasal???(aku plak excited)
abah: bagoslaa benda tu.dia cuci muka org tu, picit pastu gosok sekali..sampai GLOW IN THE DARK!!
bb: wakakkakakak....glow in the dark tu...whahahha
abah: eh bukan...glow laaaa..wahhahahahha


p/s: aku pon nak GLOW IN THE DARK jugak!!! cam best jerrr....

Saturday, May 09, 2009

KENDURI KAHWIN RAKAN...

Terasa seperti ingin mengepost sesuatu saja...bukan perkara yg sukar ku rasakan..hanya perlu menerokai gambar2 yg tersimpan di dalam folder maya ku ini saja..nahh...pasti tidak menguciwakan..

Memandangkan sahabat ku yg juga mengamalkan amalan berblogging ini telah mengeposkan pengalamannya menghadiri kenduri kawen rakannya (aku quote bunbing)..maka terpanggilah aku untuk melakukan sebegitu jua..maaf...bahasa malayasia ku terasa sangat gagal sekali...

2 mei 2009, kajang....

Kenduri kawen yang aku hadiri ini tidaklah jauh beratus2 batu kukira..sungguh dekat sahaja..memang selayaknya dan seharusnya dihadiri tanpa sebarang alasan. rakan ku yang berkahwin ini merupakan rakan persekolahanku ketika aku di sekolah rendah lagi. sudah 12 tahun rupanya masa berlalu.. sememangnya jika dikira keakraban kami..tidaklah seakrab mana pon..cuma saling mengenali saja..tapi melonjak sekali hatiku ini untuk menghadirinya. alasan utama..mahu makan nasik orang kawen dan bertemu rakan2 sekolah yang laen.

Ahhh...bosanlaaa aku menaep.. disiniku selitkan beberapa gambar sebagai tanda kenangan bersama rakan2 lama..ada yang berubah sama sekali..ada yang sama sahaja cuma mungkin saiz dan ketinggian yang membezakan..walaubagaimanapon..secara keseluruhannya ianya memang menyeronokkan..harapanku, moga2 kita dapat berkumpul secara beramai2 lagi..



ex-skshas



antara yang mendatangkan diri dengan awal..termasuk lah aku


(full body)



tertidur sebentar..mungkin kerana panas yg terik...


antara yang hadir


p/s: tahniah kepada balqis aminuddin dan suami. semoga berkekalan hingga ke akhir hayat hendaknya


Thursday, May 07, 2009

THE THERAPHY....

I was in pretty bad shape a few days ago. not physically but mentally disturbed perhaps..stress is much preferable as to define what i had at that time..i couldnt focus on other things since i kept thinking about it everywhere and anywhere i go. suddenly i felt very much suffocated with it and my neck started to ache like i was carrying 100kg of burden on my shoulder. this was followed by dizziness which made me feel like throwing up. and i could say that, it has successfully strip away my mood of the day.luckily it happened almost at the end of the day and no one would see me in that state of mind.

Well, i guess i just need a good rest, i mean a solid,total and a quality of good rest. since there was not much of good options of having it, i thought sleeping would be the best option as it is easier, economic plus it can be done anywhere and anytime i want.

That night, before having my "stress theraphy", i performed my isya' prayer as usual. As i finished, i sat there for about 15 mins refreshing and replaying what have i did through the day and how that i got myself into this trouble. i say my prayer to ALLAH, so helplessly. i let everything out of my chest at that time with my heart full of embarrassment and hope. ashamed of myself who only turn to HIM everytime i got myself into trouble especially stuff that beyond my reach. hoping that HE will help me trough it.but somehow, despite the embarrassment, only to HIM i completely pouring myself to.. feeling so free with the fact of me being myself....


thou i know, HE would know without me telling.......


Somehow, that moment of self refining really helps me a lot. the burden seems to lessen a lot. leaving only the tiredness after going through the day. the comfortness and the feeling of safe and secure really cured and eased my breakdown just now. which exactly what i need at that time. and how silly i am to just not realize it earlier.


Ya ALLAH,

KAU ampunilah segala dosaku, dosa kedua ibu bapaku,keluargaku, guru-guru ku, rakan-rakan ku serta seluruh umat islam didunia ini, yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia..
tunjukkanlah aku jalan yang benar dan jalan yang diredhai olehMu..
berkatilah hidupku..
permudahkan lah urusanku..
kuatkanla semangatku yang seringkali luntur di pertengahan jalan ...
kerana sesungguhnya..aku ini hamba mu yang lemah lagi hina...
dan sesungguhnya KAU lah tempat aku meminta pertolongan dan perlindungan
dan sesungguhnya, KAU la yang MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG...

amin...



p/s: im not perfect, yet im far from it..i do make mistake and im not proud of it..juz take a second and try to look back what we have achieved so far..we might realize that we may not make it this far without HIM whom always being forgotten.....

Saturday, May 02, 2009

WOLVERINE.....

We had our sibling night out last night. Since there isnt much things to do, so we decided to watch a midnight movie of WOLVERINE,1230 at alamanda. Overall..the movie was nice..is "nice" the appropriate word to use for this type of movie..or is it "good" suits best??..aahhh...ader aku kesah..but i do enjoy watching a good movie..wolverine is surely one of it..

well, im not a good movie reviewer..so drop it or google it yourself!!..lallalala

so..while watching, almost at the end of the story, where this high tech chopper (wtf) landed on this island that kept all the mutant for experimental purposes and suddenly the healthy professor X showed up offering a safe place for the mutants to live at.

Suddenly farah asked me these questions:



farah: alah..saper si botak ni ek?tak ingat plak...

bb: hah betul la tu...nama dia SI BOTAK laaa..(dengan konfiden sekali)

farah: hahhahha..

bb: bukan maen sehat lagi dier ek..bole jalan lagi tuh malah muda bergaya plak tu...

farah: ha ah..tapi yang citer masa tu dia duduk atas kerusi roda kan..macam mana bole guna kerusi roda plak ek??

bb: sebab dia CACAT la..tu sebab duduk atas kerusi roda...(sgt konfiden lagi)

farah: wakkakakakkaka...

bb: ngeh3



p/s: tak spesifik langsung...tapi tu spontan dowhh..hehee..kenaper ek Professor x tu nanti duduk atas kerusi roda???

Friday, May 01, 2009

GUmok


Kejadian ini benar2 berlaku pada diri aku...maka lancang sekali tangan ini menaip papan kekunci komputer riba hijau ku ini..mungkin ini kukira sudah sampai ketahap kemuncaknya...


Kejadian 1

selepas solat maghrib berjemaah di rumah

je': eeeee...muka kak nya TEMBAM!!!
bb: hah...nak kena belasah!!
je': ye laaahh..tak cayer cuba tanya mak..
je': mak..mak..muka kak nya TEMBAM kan??
bb:(memandang mak dgn mencuba sebaek mungkin mengempiskan muka)
mak: (sambil tersengeh lalu mengangguk)...ha ah...
je': ha..tak pecaya je' cakap...whahhahahahha
bb: nah...amek ko!! (sambil mengetok kepalanya)

p/s: mungkin sedang bertelekung..maka muka kelihatan agak bulat sedikit..di biarkan saja isu ini....


Kejadian 2

bersantai2 di kolej rakan yang bernama efliza

rakan : blah..bla..bla...blah..blahh laaaaa..(ini bukan isunya)
bb: bla...bla..bla..boleblah.. weh ko pon blah la..(ini juga bukan isunya)
rakan: weh..aku rasa ko dah BERISI sket laa..
bb: (terkesima)...yer ker..ko bio betol..
rakan: yela..mungkin rambut ko da panjang kot..dlu pendek takla mcm ni...(ilusi optik mungkin)
bb: errr...ye ker

p/s: mungkin benar alasan si rakan tersebut



Kejadian 3

di bilik postgrad fakulti sains, upm..bersama rakan lain..faizlin

rakan 2: (tiba2 memegang lengan aku)
bb: (terkesima lagi)..hapasal??
rakan 2: (menggeleng kepala nya)
bb: aku dah BERISI eh?? (kali ni aku yang cakap)
rakan 2: ha ah..(sambil mengangguk dan tersengeh)
bb: ye ke...alaaaa...

p/s: agak tak bole blah dah...



Kejadian 4

semalam,di kamar tidur adik ...

bb: (sedang berdiri di depan cermin)
je': eeee...kak nya da GEMUK laaaa (sambil berbaring di katil)
bb: haaaaa!!!ko nk kena belasah ke je'..weh, farah..aku GEMUK kerr????
farah: errrmmm...(sambil melihat aku)..ha ah..(memang siot betol)
bb: hahhhh....aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...(bergemalah jeritanku shingga terasa gempa bumi kecil yang berskala 3.7 richter menggegarkan rumah..sedikit hiperbola disitu)

p/s: cissssssss!!!



Kejadian 5

sebelum bertolak ke upm

bb: (pergi ke bilik abang untuk menimbang berat badan)
bb: macam siot..naik satu kilo..adeh

p/s: watafak!!!



Kejadian 6

tak sempat cakap aper2..aku kira dah selamat aku sepak terajang sampai masok ke rumah sakit serdang..

p/s: aku dah cakap kan....


kesimpulannya...memang dasar perempuan...maka...mari bergumok bersama2..