Sunday, August 30, 2009

DIMANA PRODUKTIVITI NYER??

"Kebelakangan ni aku rasa malas giler". mesti ader orang saket hati penggunaan perkataan 'kebelakangan ni' kat ayat aku tuh lepastu sajes kat aku patutnya aku cakap 'selalunya memang aku pemalas'. tapi itu bukan isunya disini. isunya yang sebenar..ntahla..aku nak pikir pon malas, apetah nak cakap, lagila nak taip...senang cerita memang isu sebenar aku kat sini AKU MALAS. sajer aku nak merapu sikit bg simpang siur. tak lama lagi kalau berterusan macam ni, mahu bengap kepaler otak aku yang bijak ni....haihhh


Tapi dalam malas2 aku tadi, dengan muka kelat aku gagah jugak nak menaep entri ni. menggigil2 tangan aku taep. otak dah pening2. beraper kali aku rase nak muntah aku tahan..tapi yg keluar rupanyer sendawa cekodok ikan bilis mak aku sahur tadi..ngeh3


Sambil2 aku taep entri ni, rajin pulak kepala aku yang bermata ni melilau memantau keadaan sekeliling bilik aku dengan anggaran 360 darjah pusingan.konon nak cari idea. tapi mak aihhh...macam longkang. longkang depan umah atok aku pon lagi cantek sejak majlis bandaran muor kasi baiki sket ape yg patot. baju2 bersih ngn baju2 kotor dah berlunggun. tinggal lagi 2 kaki jer lagi nak bercantum. meja studi aku tak payah cakap.bole ukir nama aku lagi guna jari. almari baju aku dah kosong, wayar2 beselirat macam akar tongkat ali kacep fatimah. cuma katil aku jer yg still kemas.hanya kelihatan bantal2 yang sedikit kempis dan bergelimpangan..kagum plak aku..


Tiba-tiba jer aku rasa aku nak pergi jepun.aku nak pergi time spring tengok bunga sakura. lepak sana sampai autumn. tapi kalau dapat stay sampai winter pon ape salahnyer.bole aku maen salji sambil buat ais kacang..takpon cendol. tapi mane pulak ak nak carik gula merah dengan cendol ijo. adoiiiii...lupe pulak aku berangan..adeh


Ahhh, sudahlaa..tak semena2 aku rasa semangatku berkobar.nafas aku jadik laju.tangan aku menggigil. perut aku jadik senak.aku rasa dah sampai time ni. kene buat jugak..kalo tak masak aku nanti.


Amaran: seruan alam jangan ditangguh..boleh mendatangkan buasir..ngeh3



p/s: petang ni aku nak rajin

3 comments:

BunBinG said...

bukan ko productive pe.. contoh petani bg pembangunan industri asas tani malaysia.. hehehehe...

boleblah (bb) said...

ha ah kan..

zamrahman said...

ang tak payah p jauh tgk winter..
ang p shah alam je kat taman pertanian tu..
hehehehe...