Friday, August 06, 2021
Friday, July 16, 2021
Friday, May 21, 2021
POST PERTAMA TAHUN 2021
kau tahu
tak semua orang nampak benda macam apa yang kau nampak
jadi kau tak boleh harap semua orang respon macam yang kau respon
contoh bodoh,
kau kagum nampak lipas berjalan atas rumput..
kan lipas selalu jalan dekat lantai tak pun dekat dinding,
kalau yang pro sket kau nampak dia terbang..
fani sungguh..kaki lipas tu dah tak tentu arah nak macam mana,
sebab rumput kan tinggi rendah dia tak sama..
salah aku jugak, mengharap pada lipas untuk buat sarkas
lipas je pun, bukan bab* pakai skirt pon..ape nak heran
ye dok
Saturday, August 24, 2019
Laici
Pernah tak rasa geram tgk makanan, bila mana tangan kau baru sibuk nak bukak plastik, masuk dalam jag, letak dalam pinggan atau cari cawan sebab nak ikut protokol bagai..tapi otak kau dah 60 langkah ke depan membayangkan makanan tersebut dah dalam mulut kau sambil menghargai rembesan-rembesan nikmat yang kau bayangkan menjadi kenyataan.
So tadi aku nak minum laici. Aku punye ketahanan nak telan hanya sampai tahap bancuh dalam jug je. Last part ambil cawan dan tuang aku tak sempat buat. Gigi aku dah parkinson nak gigit laici. Lagipun jug pun macam cawan ape. Cuma dia besar je 🤪
P/s: dalam pada tu sempat rembat ais kejap. Mesti kena kasi sama dalam vision maa..apa barang minum laici tak sejuk bhai😎
Monday, August 19, 2019
Bridesmaids pada Umur 30an
Sebenarnya iols bidan terjun je. Bridesmaids original cancel last minit katanya.
Tapi aku ada feeling sebenarnya cameraman tak sampai hati nak reject aku dari join gambar. Sebab aku sorang je yang men-diva baju color lain..
aku plak..pantang diajak dong! Ahaks
Ok bai.
Saturday, August 17, 2019
Alif
Budak B : Apa nama Alif yang menyanyi tu?
Aku : Alif Aziz
Budak B : bukan
Aku : Alif Satar
Budak B : bukan. Lagi2
Aku: Alif Ba Ta
Budak B: bongek. Alif Syukri la sengal
Friday, August 16, 2019
Diet Pantas
Hahahah...gelak dulu
Ok here goes
Dua minggu lepas aku tertengok satu youtuber ni try diet2 celebrity. Yang best nya diet-diet dia try paling lama pun seminggu and paling pendek 3 hari. Ada yang betul-betul berkesan, dalam satu minggu boleh turun sampai 3kg..so sis macam biasa, rasa menggelepar sangat nak try. Makanya, last week aku tekad nak try seminggu.
Tema diet pantas kali ni, aku start dengan pengurangan makanan bergoreng dan bergula yang serius. itu je dulu..jangan nak kencang sangat aih..
The before
Isnin (Lunch)
*before lunch buat intermittent fasting dari 8 malam - 130 petang)
1. Dua biji telur rebus
2. Satu keping roti wholemeal gardenia.
Isnin (Dinner)
1. Broccoli and carrot rebus
2. Chicken breast rebus. tapi ayam rebus tiba-tiba buat tekak aku loya..so lepas rebus, ayam tu aku panggang tanpa minyak dekat atas pan. bagi nampak effect grilled sket. then season with blackpepper.
3. Roti sommerset cottage multi grain and seeds gardenia
4. Peanut butter (brand pic's). Ingredient dia hanya peanut 99.5% dan salt.
4. Apple sebijik.

Selasa (Lunch)
*before lunch buat intermittent fasting dari 8 malam - 130 petang)
1. Pisang dole sebijik.
2. Roti 2 keping
3. Peanut butter
Selasa (Dinner)
1. Apple sebijik
2. Bayam rebus
3. Roti sekeping
4. Ayam rebus di grilled tanpa minyak
5. Sweet potato separuh.
Rabu (Lunch)
*before lunch buat intermittent fasting dari 8 malam - 130 petang)
1. Apple sebijik.
2. Roti 2 keping
3. Peanut butter (brand pic's). Ingredient dia hanya peanut 95% dan 5% salt.
Rabu (Dinner)
1. Cherry tomato
2. Roti 2 keping
3. Bayam rebus
3. Scrambble eggs
4. Ayam rebus di grilled tanpa minyak
5. Susu kambing karihome tanpa gula.
time dinner ni aku dah start teringat pizza, ayam goreng dan nasi ayam..motivasi dah goyah..derita mula terasa..
Khamis (Lunch)
*before lunch buat intermittent fasting dari 8 malam - 130 petang)
1. Telur rebus sebiji
2. Pisang sebiji
3. Protein body key Amway
4. Susu coklat untuk bancuh
Khamis (Dinner)
1. Bubur ayam.
2. Daun sup dan daun bawang
3. Kicap
4. Bawang putih goreng.
Time ni aku dah rasa menggigil nak nasi. almost give up. Tapi somehow gigih lagi pujuk diri. Bubur pun jadi la..heaven gila! hukhukhuk
Jumaat (Lunch)
*before lunch buat intermittent fasting dari 8 malam - 130 petang)
1. Roti 3 keping
2. Chocolate spread sweet william
4. Protein body key Amway dan
5. Sekotak susu low fat untuk bancuhan.
Jumaat (Dinner)
1. Ayam rebus di grilled,
2. Broccoli and carrot rebus.
masa ni, aku serius nak muntah bila telan ayam tu..adeh
Sabtu
Aku tekad nak buat 5 hari je. tak sanggup nak terus kan sampai 7 hari. tapi rupa-rupanya sabtu tu puasa Arafah. so aku decide nak puasa je and tangguh makan besar masa buka..ahaks
So sebelum buka tu aku timbang dulu
hmm...hilang 2.3 kg..bolelaaa..untuk 6 hari punya diet. Next boleh try 3 hari, and lebih extreme sikit.
Makan besar (Buka Puasa)
1. telur hancur lembik-lembik
2. sambal sotong
3. sayur sawi cendawan
4. ikan tenggiri masin
sedapnyeeeeee...nangisssss ðŸ˜
Wednesday, August 14, 2019
APe Citer (APC)?
Sis dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dari UiTM yaw!
Masa dapat call dari pejabat pengarah, aku baru je lepas bergolek usai solat zohor. Habis renyuk redam baju aku. Baju kurung tu pon, baju zaman tok kaduk zaman sekolah menengah aku rasa. Student tengah cuti mid semester, jadi jangan membazir pakai baju lelawo kalau kau setakat nak melepak dekat opis je..aku bukan retis pon..sekadar pemilik blogger picisan je.. ahakss. Makanya dong, jangan dibazirin..cukup aja etika berpakaian ditepatin.
So cerita nya sekarang, aku mana tahu kena panggil nak buat penyampaian hari tuuuuu!
Adeh!
Anyway, terima kasih atas penghargaan..
Alhamdulillah..
Ok bai 😎
Friday, August 02, 2019
Rambut Berminyak
Ni mak aku tengah masak.
Tahu apa atas kepala dia tu?
HAND TOWEL
Alaa yg sangkut kat dinding untuk lap tangan lepas basuh dekat sink tuuu..
Yang tu ok lagi..
Yang musykil nya kenapa pakai dekat kepala?
Alasan dia...
“Tanak bagi rambut mak berminyak”
boleh?
Agaknya kalau pakai tudung periuk kat kepala nanti dia bergerak-gerak tak stabil...hmm
Logik tu ada 😎
Sunday, July 28, 2019
Kutu
Kutu kepala paling siot kalau dah terjebak. Takde solution paling cepat melainkan ko botak. Kalau nak mengimbau kenangan kutu ni, zaman paling derita aku adalah zaman sekolah. Kenapa derita, sebab umur tu kau dah tahu erti malu nya mempunya kepala berkutu.
Kau tau kutu ni punya bingai, kalau dia sejenis duduk satu tempat je aku kira masih boleh dikawal lagi. Tapi dia jenis merayap. Memangla merayap dekat kepala menyelusuri rerambut kau, tapi ada kekutu yang mungkin nak rebel keluar dari kampung halaman atau nak hirup udara segar, perlahan-lahan mengorak langkah keluar dari serkup pergi ke tudung, turun ke baju tahu-tahu je kau jumpa dia dekat lengan baju...kau bayang kalau free hair, lagi senangla dia nak berfamily trip turun ke baju kau..owhhh...time tu memang kau berdoa la hanya kau sorang je yang dengar jeritan makian batin kau.
Nak jadi cerita, zaman gelap aku berkutu masa darjah 5. Sebelum masuk kelas macam biasa ada perhimpunan. Kau tau la kan, baju sekolah kan putih melepak kalau ada setitik kotoran pun mesti boleh perasan. Tiba-tiba bahu aku disapa dari belakang.
‘Awak, ada kutu kat tudung’.. sambil tunding kat tudung aku
Berderau darah..kejung badan aku...
aku taktau dari celah mana keberanian aku datang
Aku kuis tudung buang kutu tu, sambil cakap
‘issshh...sape punya la ni’.
Cantik punya timing, perhimpunan pun tamat lalu bersurai...
Ps: desperate times call for desperate measures, you gotta do what you gotta do bebeh..hua3
Thursday, July 25, 2019
Sunday, July 21, 2019
Kehilangan
Sentiasa dalam ingatan
Allahyarham Hj Abdullah bin Othman (Atok belah abah). Kembali ke rahmatullah pada 16 September 2017
Allahyarhamah Hjh Lipah bt Yunus (nenek belah abah).. Kembali ke rahmatullah pada 17 May 2018 (1 Ramadhan)
Tok Mat (Atok belah mak).. Kembali ke rahmatullah pada 20 Disember 2018
Allahyarhamah Hjh Fatimah bt A. Samad (nenek belah mak). Kembali ke rahmatullah pada 16 Julai 2019
dan Allahyarhamah Nur Farhah bt Abdul Samad (sepupu). Kembali ke rahmatullah pada 22 Jun 2019.
Ya Allah
Kau hapuskanlah dosa-dosa mereka
Kau tempatkanlah mereka ini dikalangan hambaMu yang Kau kasihi
Kau lapangkanlah kubur mereka Ya Allah
agar lena menunggu hari perhitungan yang pasti
Kau terangi lah kubur mereka Ya Allah
bagi menuju akhirat yang abadi
Sesungguhnya Kau yang maha kuasa Ya Allah kepadaMu kami kembali....
Amin..
Al-Fatihah
p/s: sebak jiwa tatkala membelek wajah-wajah ini. Pergilah dan tenanglah sayangku. Kelak kami menyusul....
Tuesday, July 16, 2019
GEMOK
Tengah beratur beli lunch tadi, ada 2 student tengah cedok nasi menyembang
Student A: Ko ni makan banyak tapi tak gemok pon
Student B: mana ada la..aku TAK BERAK wei
So conclusion nye,
Kau tak gemok lemak, tapi kau gemok taik ke dik?
Monday, July 15, 2019
Mulut Bersepah
Tadi lunch sorang..macam biasa amik nasi, lauk, bayar then cari tempat nak duduk.
Lepas duduk makan,
Lebih kurang lagi 6 suap nak abis, tiber2 gatal plak hidung..
AAASSSHHHEEMMM!!
sambil cover mulut dengan tangan..
Ada la dapat tangkap 4-5 butir nasi yang terlepas....
sambung makan balik....
Selesai makan, nak pergi letak pinggan dalam besen...
kena redah student2 yang beratur nak beli lunch...
Ekksekiussmi...
buat muka friendly..
menoleh la student2 yang beratur tu kat aku..
Aku maintain senyum...
Next, aku ke sink nak cuci tangan...
Nak luruh jantung aku tengok cermin
NASI DAN CILI BERSEPAH KAT MUKA!
HA HA HA HA..HAREMMM
Lakonan semula
Padanla aku nampak budak2 beratur tadi tu macam sengih2 kat aku...
ADOI BENCI AH 😩😩😩
Friday, July 12, 2019
Maggi
Aritu kat insta ada member aku post megi kari dia..meleleh tengok weh..slurrrppp..sambil sedut balik ayir liur tu, esok terus pasang azam nak beli megi. Sudahnya 2 mggu kemudian baru beli..
Dashar shembang kenceng kamu!
Kau jangan pandang enteng cara nak masak megi ye adik2..laki aku ajor, sukatan air kene tepat, bila nak masukkan megi pun kena betul, time nak letak telur kena tau. cara nak kacau telur dalam megi pon ade cara dia. Dulu aku maen tibai je..dah nama megi mana kan bole jadi setanding spegeti carbonara..tapi ternyata aku salah!.
Ahhh...over la ko nyah!
So back to the story sebenar, aku pun beli semua benda yg ada dlm maggi instagram tu..so bahan-bahanye ye tuan puan
Maggi kari, sayur sawi, cendawan tiram, teluq, cili hijau 2 biji tak sengaja jumpa dalam peti ais, udang harimau malaya..ni aku beli 6 ketul je..3 ketul utk laki iols, 3 lagi utk iols...hua3
sekali tak muat daa pot yg aku selalu guna masak maggi..tukar pakai kuali XL.
tudia...tudia
pecah teluq sa
aku sejenis makan megi suka dalam pot..ada handle..senang..dari atas dapur, angkat sambil jalan pegi dekat tv pun boleh ngaapp..tapi sebab kali ni pakai kuali kan, nak feel megi punya pasal, gigih aku transfer dalam pot..that's why la rupa megi ni agak off sket sebab kena humban..😎
hmmm....tapii.........
megi bogel yang laki aku ajar kat aku ni lagi feel..hahaha
OK bai!
Tuesday, July 09, 2019
Acah-acah Baker
Dah lama berangan nak baking-baking cake. Tak penah baking even seketul kek pun dari scratch, tapi aku macam ada instict kalau baking, mesti kek hakak sedap nak mampos. konon macam talent dari lahir giteww...melampau la kau punye angan2 kan 😎
So for a start, jom test power dengan premix butter cake by Betty Crocker ni,
super moist butter cake...gambar je pun dah win 😋
how hard can it be kan..follow je la instruction
the ingredients
lupa nak snap picture before masuk oven. Set 150 deg for 40 min
after 15 minutes
After 40 min. Awat rupa macam perut..huargh3
ok..rupa dah ada
ok..kasi potong sekepin
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ALAAAAA....ASAL RASA MACAM KEK TELUR ðŸ˜
FAILED!
Subscribe to:
Posts (Atom)





















































