Wednesday, January 27, 2016

'KELUARGA'

'Keluarga' adalah tempat dimana kau dilahirkan. Tempat buruk baik kau dibentuk. Tempat permulaan otak kau berkembang. Tempat karakter kau mula diasah. Sebab tu kau jadi selesa bila bersama 'keluarga' berbanding orang lain. Tempat di mana kau tidak bertopeng pada kebanyakan masa.

Terpulang kepada difinisi 'keluarga' masing-masing. At least untuk aku. Perangai paling taik aku selalu terjadi bila dikelilingi insan bernama 'keluarga' sedarah daging.  Abah, mak, abang, dan adik-adik. Sekarang mungkin suami. Masih sikit-sikit sebab mgkin usia rumah tangga masih muda. Kata orang masih bertatih.

Macamana tak senonoh pon 'keluarga' kau, sakai, bising, penyepah, pengotor, pendengki, menyampah sekali pun, kau tetap attached pada mereka. Kau marah macamana sekali pun, kau tetap boleh let it go dan jumpa balik huha hidup mcm biasa. Tapi kalau bukan 'keluarga', dia punya sentap lain mcm. Dan kau doa tak jumpa seumur hidup lagi bagus. So, senang cakap, perangai tak senonoh diorang  tu sometimes keep you sane. And that you are not alone in this world. Kerana kesakaian bersama-sama.

Untuk mendirikan 'keluarga' mungkin mudah. Tetapi untuk menjadi 'keluarga' yang functional tak semudah yang disangka. Banyak yang kau perlu korbankan. Hati dan perasaan terutama skali. Hidup bukan lagi berkisarkan pasal kau. Kau sorang-sorang nak happy, moody, bengang, marah tapi orang keliling kau memendam rasa. Kau bahagia ke hidup macam tu?. Setiap perbuatan kau ada impact kepada orang terutama kepada 'keluarga'. jadi muhasabahla diri. Tetapi tak mengapalah kalau perlu berkorban pun. Untuk siapa pengorbanan itu? Untuk siapa lagi kalau bukan 'keluarga'. Tempat jatuh bangun kau nanti.  Pada aku, it's a good investment.

Tu sebab orang kata nak terima orang baru untuk dijadikan 'keluarga' bukan mudah. Sebab ia adalah hubungan yang kau bina dengan jerih payah. Tangis dan tawa. Duka dan lara. Benci dan dendam. Benda ni kau dah build since belasan puluhan tahun dulu. Manakan sama dengan beberapa tahun yang kau lalui dengan orang baru. Macam kau kena start all over again. Maksud aku dengan diri kau yang benar-benar ENGKAU. Truly naked. Proses ni dinamakan blend in dan adapting yang mana ianya memakan masa dan sometimes can be painful.

Sebab tu aku tak pernah percaya 100% bila orang cakap dia dah kenal dan masak dengan aku. Sebab the 'best of me is yet to come. Sebab kalau dah datang, aku doa kau akan stay. Sebab kau orang yang terpilih. Dan kau adalah 'keluarga'. Amin dan tahniah!

No comments: