Sunday, July 28, 2019

Kutu

Kutu kepala paling siot kalau dah terjebak. Takde solution paling cepat melainkan ko botak. Kalau nak mengimbau kenangan kutu ni, zaman paling derita aku adalah zaman sekolah. Kenapa derita, sebab umur tu kau dah tahu erti malu nya mempunya kepala berkutu. 

Kau tau kutu ni punya bingai, kalau dia sejenis duduk satu tempat je aku kira masih boleh dikawal lagi. Tapi dia jenis merayap. Memangla merayap dekat kepala menyelusuri rerambut kau, tapi ada kekutu yang mungkin nak rebel keluar dari kampung halaman atau nak hirup udara segar, perlahan-lahan mengorak langkah keluar dari serkup pergi ke tudung, turun ke baju tahu-tahu je kau jumpa dia dekat lengan baju...kau bayang kalau free hair, lagi senangla dia nak berfamily trip turun ke baju kau..owhhh...time tu memang kau berdoa la hanya kau sorang je yang dengar jeritan makian batin kau.

Nak jadi cerita, zaman gelap aku berkutu masa darjah 5. Sebelum masuk kelas macam biasa ada perhimpunan. Kau tau la kan, baju sekolah kan putih melepak kalau ada setitik kotoran pun mesti boleh perasan. Tiba-tiba bahu aku disapa dari belakang.

‘Awak, ada kutu kat tudung’.. sambil tunding kat tudung aku

Berderau darah..kejung badan aku...

aku taktau dari celah mana keberanian aku datang

Aku kuis tudung buang kutu tu, sambil cakap

 ‘issshh...sape punya la ni’.

Cantik punya timing, perhimpunan pun tamat lalu bersurai...



Ps:  desperate times call for desperate measures, you gotta do what you gotta do bebeh..hua3

Thursday, July 25, 2019

Tips Makan



Tips untuk orang jenis mulut bersepah makan



Ada idea lain tak? 

Bapak buruk weh!

Sunday, July 21, 2019

Kehilangan


Sentiasa dalam ingatan

Allahyarham Hj Abdullah bin Othman (Atok belah abah). Kembali ke rahmatullah pada 16 September 2017



Allahyarhamah Hjh Lipah bt Yunus (nenek belah abah).. Kembali ke rahmatullah pada 17 May 2018                            (1 Ramadhan)



Tok Mat (Atok belah mak).. Kembali ke rahmatullah pada 20 Disember 2018



Allahyarhamah Hjh Fatimah bt A. Samad (nenek belah mak). Kembali ke rahmatullah pada 16 Julai 2019
dan Allahyarhamah Nur Farhah bt Abdul Samad (sepupu). Kembali ke rahmatullah pada 22 Jun 2019.




Ya Allah

Kau hapuskanlah dosa-dosa mereka

Kau tempatkanlah mereka ini dikalangan hambaMu yang Kau kasihi

Kau lapangkanlah kubur mereka Ya Allah

agar lena menunggu hari perhitungan yang pasti

Kau terangi lah kubur mereka Ya Allah

bagi menuju akhirat yang abadi

Sesungguhnya Kau yang maha kuasa Ya Allah kepadaMu kami kembali....

Amin..



Al-Fatihah







p/s: sebak jiwa tatkala membelek wajah-wajah ini. Pergilah dan tenanglah sayangku. Kelak kami menyusul....

Tuesday, July 16, 2019

GEMOK

Tengah beratur beli lunch tadi, ada 2 student tengah cedok nasi menyembang

Student A: Ko ni makan banyak tapi tak gemok pon
Student B: mana ada la..aku TAK BERAK wei

So conclusion nye, 
Kau tak gemok lemak, tapi kau gemok taik ke dik? 



Monday, July 15, 2019

Mulut Bersepah

Tadi lunch sorang..macam biasa amik nasi, lauk, bayar then cari tempat nak duduk. 
Lepas duduk makan,
 Lebih kurang lagi 6 suap nak abis, tiber2 gatal plak hidung..

AAASSSHHHEEMMM!!
sambil cover mulut  dengan tangan.. 

Ada la dapat tangkap 4-5 butir nasi yang terlepas....
sambung makan balik....
Selesai makan, nak pergi letak pinggan dalam besen...
kena redah student2 yang beratur nak beli lunch...

Ekksekiussmi...

buat muka friendly..
menoleh la student2 yang beratur tu kat aku..
Aku maintain senyum...

Next, aku ke sink nak cuci tangan...

Nak luruh jantung aku tengok cermin



NASI DAN CILI BERSEPAH KAT MUKA! 




HA HA HA HA..HAREMMM



Lakonan semula


Padanla aku nampak budak2 beratur tadi tu macam sengih2 kat aku...

ADOI BENCI AH 😩😩😩