Friday, May 29, 2009

SITUASI

SITUASI 1


je' membaca komen di blog bunbing di bawah tajuk postnya "semangat yang hilang"


komen tersebut:

Blogger nora said...

bukan nk sambung phd,ke? ;)

May 22, 2009 7:55 PM


sambil membaca dengan kuat

je': bukan nak sambung PAHAD ker??

bb:
hahhh...aperr je'???

je': bukan nak sambung PAHAD ker??

bb:
wakakkakaka...bukan PAHAD la..suker ko jer eh...P..H..D laaa..doktor, tau tak..




SITUASI 2


Dalam lif ketika dalam perjalanan nak makan tengah hari di kedai pak ya sri serdang

bb: ooohhh..rizal..how are u??

rizal: owhh...MY BODY IS NOT DELICIOUS..

bb dan rakan2 laen:
????

rizal:
"rasa tak sedap badan"...translet orang puteh laa..

bb dan rakan2 laen:
wakakkakakakkak...tak boleblah..


p/s: terbahak-bahak...

Friday, May 22, 2009

Kelahiran semBuR-Ono

Akibat mengalami kebosanan yang menyentap seluruh jiwa ragaku petang tadi, aku mengambil langkah akhir untuk melayari blog terchenta sebelum tumbang menyembah bumi di sofa empukku yang senantiasa setia menanti kehadiranku disisinya.

Tanpa diduga, datang idea di benakku ini untuk menukar tajuk besar blogku yang sebelum ini. ku kira ianya terlalu panjang dan aku terasa sangatlah terikat dengan kesopanan yang cuba ditunjukkan.maka aku perlukan sedikit sentuhan kelainan, kependekan serta kemudahan dalam memenuhi ciri2 tajuk blog yang selama ini aku inginkan.

Lalu ku khabarkan berita ini kepada kakandaku yang ketika itu sedang bermalasan-malasan disebelah sofaku yang setia tadi. cadangan ini disambut baek sekali olehnya, lalu bersama2 ingin menyumbang idea dan jerih peritnya mencari nama untuk blogku yang satu ini.

Berikut adalah butir2 perbualan kami di petang dinihari:

bb: abang, nya ingat nak tukor tajuk blog ar..amacam??

abang:
hmmm...ikot ko laa..

bb: sila sumbang idea..nak yang laen sket dan pendek..kalo bole satu perkataan jer


bagi memastikan dia memahami apa yang cuba aku sampaikan. aku berikan beberapa contoh nama blog yang kurasa 'menarik dan pendek' kepadanya. trkekek-kekek dia gelak..kekkekkeke


bb: hah..ader idea?

abang:
ermmm...PISANG KUNING..takpon PISANG MERAH

bb:
wahhahahahha..ader ker pulak pisang..aahh..laen..laen

abang:
ermm...REVOLUSI TERINDAH...whahhahahha

bb:
wakakkakakkaka..tak bole blah...geli arr..laen..laen

abang:
kalo AKU YANG BUTA...perghh..dalam maksud tuuuu

bb:
haa...taknak ah..laen..laen

abang:
kalo SIMPANG 5..orang selalu simpang 3, ato 4..ko saja lebihkan satu..amacam

bb:
hmmm...menarik2..kalo SIMPANG BERCABANG amacam..ngeh3

abang:
(buat muka..hek elehhh)

bb:
haaaa...kalo SEMBERONO...

abang:
hahhhh??? SEMBUR RONO????...

bb:
SEMBERONO laaa

abang:
aper??? SEMBUR RONO???

bb: SEMBERONO
la sengalll

abang:
halah...ko buatla SEMBUR RONO..barula laen sket..kira macam ko SEMBUR laa

bb:
hmmm...ader benarnya disituuu..



Maka, dari menunggu PISANG KUNING ditransformasi kepada PISANG MERAH, dalam mencari REVOLUSI TERINDAH bagi blogku ini walaupun ku tahu, aku ini adalah AKU YANG BUTA yang terpaksa melalui pelbagai jalan bersimpang termasuklah SIMPANG 5 sebelum ke depan sikit lagi melangkah ke SIMPANG YANG BERCABANG yang kukira semakin hampir dengan arah direksi yang dituju. dengan agakan yang SEMBERONO, dengan sedikit modofikasi, aku mengambil langkah pasti, meluah lalu menyembur segala resah di hati lalu menggapai dirimu...ohhhh...SEMBuR-ONO.......ok aperrr...ngeh3..bole laaa..ader aku kesah???




p/s: selamat tinggal 'A WAY OF KILLING TIME'..jangan risau..kau senantiasa di hatii..ohhh. btw, aku tak tdo pon petang tu, tak elok untuk otak aku..kesian si sofa setia..haihh

Wednesday, May 20, 2009

kenderaan..

pagi yang damai..


bb: abang, pergi kijer naek aper?

abang: naek kenderaan..

bb: kenderaan tu binatang ker??



p/s: ngeh3...

kambing!!

masa: jam 3/4 sebelum pukul 8 malam...
misi: ke mydin dan pusat tusyen
penglibatan ahli: mak dan ayum



abang: (sedang menstart enjin kereta diluar)

ayum: mak!!!! mak nak pergi mydin tak???ayum da lambat nak g tusyen ni!! (suara tinggi)

mak: haa..jap...'kambing...kambing'!!!....

bb: hah...apasal kambing plak??

mak: maksodnyer "coming...coming" laaa..

bb: wakakkakakakkaka....bole plakkk...




p/s: perut aku lebam..sebab gelak banyak sangat...

Tuesday, May 19, 2009

Cetusan mengemas bilik...

Memandangkan hari ini aku tak menjejakkan kaki ku yang langsing ini ke upm, aku berkira-kira untuk melakukan sedikit perkemasan di kamar tidurku yang merupakan antara tempat terpenting dalam hidupku di negara malaysia ini (moto: teruskan menjadi rakyat malaysia yang prihatin)

Memang agak separuh mamposs (oopsss..mintak maap) aku menjalankan misi aku kali ni. setakat menyapu sesampah, mengelap hehabuk, menyusun bebarang kukira bukan lah satu masalah besar, cuma sederhana jerr..tetapi, bahagian yang paling mencabar sesaraf di tulang 4 kerat aku ini adalah bahagian mengemas kini bebaju. ini termasuklah, meleraikan bebukit baju, mengasing2 kan baju, mengutip baju2, memenuhkan bebakul baju, menggantung2kan baju2, melipat-lipat baju dan segala tindak tanduk yang melibatkan baju2 lagi..

Memang ada terdapat sedikit ketegangan lagi stress disitu.tak perlulah ku khabarkan berapa kali aku menjerit2 histeria membaling baju2 yang siap ku lunggun tadi lalu berenang2 kuak bebas diatasnya bagaikan aku berenang di lautan biru di pulau perhentian..ohh..indah sekali..ahh..aku berangan rupanyaa...

Tapi ku kentalkan semangat di dada..memasang impian untuk melihat kamarku secantik dahulu (bila pon aku tak ingat), memotivasikan diri untuk tidak berada di takuk lama dan ingin lebih maju supaya kamarku ini kelihatan secantik kamar2 seperti di majalah IKEA atau di iklan2 promosi kedai2 perabot. Maka, dengan niat yang satu, aku teruskan perjuangan.

Lepas kubukitkan baju2 yang bertimbun, ku asingkan pula baju2 yang selalu di pakai/basahan dan yang jarang dipakai (selalunya untuk majlis2 keramaian atau aku saja nak melawo). kemudian ku hangerkan bebaju tersebut, sebelum ku sumbat secara bergantung ke dalam perut alamari berwarna coklat gelap itu. maka ketika itu , tidak semena-mena ku dapati, hanger bebaju ku telah berkurang sebanyak 20 keping dan almari bajuku kelihatan sudah begitu sendat sekali ibarat sarung yang membaluti nangka..ahh sudah..

Tapi ini perkara mudah, dengan terhinjut2 sambil menutup mulut supaya tidak kedengaran nafasku, aku bergerak ke kamar tidur adikku di sebelah lalu me'nyonglap' 15 hanger yang terdapat di dalam alamari mereka..sempat aku berbisik kepada almari tersebut "aku nak pinjam kejap..nanti aku pulang la balik"..dengan harapan alamari tersebut menyampaikannya kepada adikku nanti..lalu ku kembali ke kamarku, meneruskan pekerjaanku yg terbantut tadi.

Naahhh...siap sudahhh...inilah hasilnyaaa..mengagumkan bukan...tak sia2 penat lelahku membanting tulang..ohh




Hanya sebahagian perspektif kamar shj yang dapat ku pertontonkan disini..bagi mengelakkan susun atur kamarku itu diciplak oleh pihak tak bertanggungjawab..


Dalam keasyikan sendiri melalui proses perkemasan tadi..aku dapati beberapa fakta menarik tentang diriku yg ingin aku kongsikan bersama dan telah ku rungkaikan kepada 3 bahagian bagi memudahkan bicara.....ngeh3


aku mengalami...

masalah: aku tak suka lipat baju

penyelesaian: aku lebih suka menggantung bebaju. mudah sekali..hanya masukkan hanger tersebut di kolar baju..naahhh...siap untuk digantung

implikasi: hanger aku habes, aku kene keluar duit dan aku kene pergi mydin beli lagi..sebab selalu ditangakap me'nyonglap' hanger di bilik org laen..nama aku telah di black list sama sekali



aku jua mengalami..

masalah: aku tak suka menyapu melainkan terpaksa sebab nak kena bawak sekali dengan penyodok, pastu kene buang dalam tong sampah..leceyyy

penyelesaian: aku lebih suka guna vacuum..lebih mudah dan berteknologi..

implikasi: vaccum aku plak rosak, sebab menyedut sesuatu yang tak seharusnya disedut..adeh



sekali lagi aku mengalami'...

masalah: aku sangat malas memasak melaenkan aku mengalami masalah kebuluran..

penyelesaian: aku lebih suka makan aper yang orang laen masak..lebih senang dan jimat masa

implikasi: ukur lilit perimeter badan aku bertambah... senang citer aku jadik gemokkk..



masalah ini aku alami jugak iaitu...

masalah: aku jarang tgk tv...terutama tv1 2 dan 3 untuk akutiviti merehatkan minda

penyelesaian: aku lebih suka tdo..kan senang..

implikasi: aku jadik sangat malas, menyumbang kepda kegemokan jugak, otak ader sedikit benak, dan tesis aku pon tak siap2 lagi.



ah...tak sudah-sudah...

masalah: aku tak tdo lagi sekarang

penyelesaian: aku taip entri ni

implikasi: aku tdo lambat, esok lepas subuh aku tdo balek, so aku pergi lab pon lambat...





p/s: sekadar coretan si pembuang masa...