Friday, December 28, 2018

Citer Lama

Teringat lawak lebih 5 tahun dlu time gosok gigi pagi tadi. Tersembuq habis!

member 1: nak pergi mana tu?
member 2: balik bilik jap (lari-lari anak)
member 1: eleh..nak pergi BERSENGGAMA la tu (suara agak tinggi dengan muka tiada kesalan)..
geng : (nganga).......

member 3: weh, ko tau tak apa maksud SENGGAMA tu?
member 1: SENGGAMA tu tido kan
member 3: aku hagak dah..SENGGAMA tu bersetubuh la
member 1: (muka biru)


p/s:  semua member masih bujangan time ni. mungkin belum dapat pendedahan lagi..ahaks


Thursday, November 17, 2016

Psychopath Creature








p/s: couldn't agree more. well said man!

Wednesday, June 08, 2016

Ku TUMBUK


Kalau bukak radio, aku seboleh-boleh nak nyanyi seiring dan seirama especially bila lagu yang aku tahu keluar. Kena pulak yang keluar tu lagu zaman rock kapak tangkap lentok, memang berapi-api dada ni especially bila tiba tang korus. Biarpun lirik tak berapa nak hafal, tapi tetap nak nyanyi. Lantak ah..taram je lirik guna perkataan yang bunyi macam lebih kurang sama. Kena tak kena ayat dia tu belakang cerita, yang penting..LAYANNNN..


Nak jadi cerita, haritu balik kampung, tune siaran Sinar FM. Keluar pulak lagu Tiara. Isshhh..lagu iolllss sangat..


Nah..lirik lagu Tiara
 Tiara 


Tiara... menggamit kenangan zaman persekolahan
Tiara... ku mimpi kita bersanding atas kayangan
Seakan bisa kusentuh peristiwa semalam
Di malam pesta engkau bisikkan
Kata azimat di telinga



Kita... terpaksa berpisah untuk mencari arah
Kita... dipukul ombak hidup alam yang nyata
Engkau jauh meniti puncak menara gading
Yang menjanjikan hidup sempurna
Tapi aku hanya tunduk ke bumi
Hidup tertekan


Jika kau bertemu aku begini
Berlumpur tubuh dan keringat membasah bumi
Di penjara terkurung terhukum
Hanya bertemankan sepi



Bisakah kau menghargai
Cintaku yang suci ini...
Oh! Tiara... pedihnya
Dapatkah kau merasakan...



Nampak laki aku nyanyi over confident dari aku. Takde tersekat2, lalu mengundang jeles dihati. Aku tanya apa lirik sebenar di bait warna merah seperti di atas sebab terasa agak berbeza dengan lirik 'buatan' aku.

Nak tau apa lirik buatan aku untuk ayat merah kat atas??



Jika kau bertemu aku begini
"Belum ku tumbuk kan kau hingga ke dasar bumi"
Di penjara terkurung terhukum
Hanya bertemankan sepi


Itu sebab nanti dia kena penjara, sebab tumbuk awek dia..so make sense la kan..hahah



P/s: Since aku first dengar lagu ni lebih kurang 15 tahun dulu, baru harini aku google lirik dia. Dan selama 15 tahun jugak la aku terpesong..ahaks





Thursday, March 10, 2016

ORANG GAJI



aku : mak, asal pakai mcm orang gaji ni?

mak : ah ko tu lagi teruk..cita-cita ko dlu nak jadik orang gaji kan

aku : zasssss


ahakss

Wednesday, January 27, 2016

'KELUARGA'

'Keluarga' adalah tempat dimana kau dilahirkan. Tempat buruk baik kau dibentuk. Tempat permulaan otak kau berkembang. Tempat karakter kau mula diasah. Sebab tu kau jadi selesa bila bersama 'keluarga' berbanding orang lain. Tempat di mana kau tidak bertopeng pada kebanyakan masa.

Terpulang kepada difinisi 'keluarga' masing-masing. At least untuk aku. Perangai paling taik aku selalu terjadi bila dikelilingi insan bernama 'keluarga' sedarah daging.  Abah, mak, abang, dan adik-adik. Sekarang mungkin suami. Masih sikit-sikit sebab mgkin usia rumah tangga masih muda. Kata orang masih bertatih.

Macamana tak senonoh pon 'keluarga' kau, sakai, bising, penyepah, pengotor, pendengki, menyampah sekali pun, kau tetap attached pada mereka. Kau marah macamana sekali pun, kau tetap boleh let it go dan jumpa balik huha hidup mcm biasa. Tapi kalau bukan 'keluarga', dia punya sentap lain mcm. Dan kau doa tak jumpa seumur hidup lagi bagus. So, senang cakap, perangai tak senonoh diorang  tu sometimes keep you sane. And that you are not alone in this world. Kerana kesakaian bersama-sama.

Untuk mendirikan 'keluarga' mungkin mudah. Tetapi untuk menjadi 'keluarga' yang functional tak semudah yang disangka. Banyak yang kau perlu korbankan. Hati dan perasaan terutama skali. Hidup bukan lagi berkisarkan pasal kau. Kau sorang-sorang nak happy, moody, bengang, marah tapi orang keliling kau memendam rasa. Kau bahagia ke hidup macam tu?. Setiap perbuatan kau ada impact kepada orang terutama kepada 'keluarga'. jadi muhasabahla diri. Tetapi tak mengapalah kalau perlu berkorban pun. Untuk siapa pengorbanan itu? Untuk siapa lagi kalau bukan 'keluarga'. Tempat jatuh bangun kau nanti.  Pada aku, it's a good investment.

Tu sebab orang kata nak terima orang baru untuk dijadikan 'keluarga' bukan mudah. Sebab ia adalah hubungan yang kau bina dengan jerih payah. Tangis dan tawa. Duka dan lara. Benci dan dendam. Benda ni kau dah build since belasan puluhan tahun dulu. Manakan sama dengan beberapa tahun yang kau lalui dengan orang baru. Macam kau kena start all over again. Maksud aku dengan diri kau yang benar-benar ENGKAU. Truly naked. Proses ni dinamakan blend in dan adapting yang mana ianya memakan masa dan sometimes can be painful.

Sebab tu aku tak pernah percaya 100% bila orang cakap dia dah kenal dan masak dengan aku. Sebab the 'best of me is yet to come. Sebab kalau dah datang, aku doa kau akan stay. Sebab kau orang yang terpilih. Dan kau adalah 'keluarga'. Amin dan tahniah!