Hahahah...gelak dulu
Ok here goes
Dua minggu lepas aku tertengok satu youtuber ni try diet2 celebrity. Yang best nya diet-diet dia try paling lama pun seminggu and paling pendek 3 hari. Ada yang betul-betul berkesan, dalam satu minggu boleh turun sampai 3kg..so sis macam biasa, rasa menggelepar sangat nak try. Makanya, last week aku tekad nak try seminggu.
Tema diet pantas kali ni, aku start dengan pengurangan makanan bergoreng dan bergula yang serius. itu je dulu..jangan nak kencang sangat aih..
The before
Isnin (Lunch)
*before lunch buat intermittent fasting dari 8 malam - 130 petang)
1. Dua biji telur rebus
2. Satu keping roti wholemeal gardenia.
Isnin (Dinner)
1. Broccoli and carrot rebus
2. Chicken breast rebus. tapi ayam rebus tiba-tiba buat tekak aku loya..so lepas rebus, ayam tu aku panggang tanpa minyak dekat atas pan. bagi nampak effect grilled sket. then season with blackpepper.
3. Roti sommerset cottage multi grain and seeds gardenia
4. Peanut butter (brand pic's). Ingredient dia hanya peanut 99.5% dan salt.
4. Apple sebijik.
Selasa (Lunch)
*before lunch buat intermittent fasting dari 8 malam - 130 petang)
1. Pisang dole sebijik.
2. Roti 2 keping
3. Peanut butter
Selasa (Dinner)
1. Apple sebijik
2. Bayam rebus
3. Roti sekeping
4. Ayam rebus di grilled tanpa minyak
5. Sweet potato separuh.
Rabu (Lunch)
*before lunch buat intermittent fasting dari 8 malam - 130 petang)
1. Apple sebijik.
2. Roti 2 keping
3. Peanut butter (brand pic's). Ingredient dia hanya peanut 95% dan 5% salt.
Rabu (Dinner)
1. Cherry tomato
2. Roti 2 keping
3. Bayam rebus
3. Scrambble eggs
4. Ayam rebus di grilled tanpa minyak
5. Susu kambing karihome tanpa gula.
time dinner ni aku dah start teringat pizza, ayam goreng dan nasi ayam..motivasi dah goyah..derita mula terasa..
Khamis (Lunch)
*before lunch buat intermittent fasting dari 8 malam - 130 petang)
1. Telur rebus sebiji
2. Pisang sebiji
3. Protein body key Amway
4. Susu coklat untuk bancuh
Khamis (Dinner)
1. Bubur ayam.
2. Daun sup dan daun bawang
3. Kicap
4. Bawang putih goreng.
Time ni aku dah rasa menggigil nak nasi. almost give up. Tapi somehow gigih lagi pujuk diri. Bubur pun jadi la..heaven gila! hukhukhuk
Jumaat (Lunch)
*before lunch buat intermittent fasting dari 8 malam - 130 petang)
1. Roti 3 keping
2. Chocolate spread sweet william
4. Protein body key Amway dan
5. Sekotak susu low fat untuk bancuhan.
Jumaat (Dinner)
1. Ayam rebus di grilled,
2. Broccoli and carrot rebus.
masa ni, aku serius nak muntah bila telan ayam tu..adeh
Sabtu
Aku tekad nak buat 5 hari je. tak sanggup nak terus kan sampai 7 hari. tapi rupa-rupanya sabtu tu puasa Arafah. so aku decide nak puasa je and tangguh makan besar masa buka..ahaks
So sebelum buka tu aku timbang dulu
hmm...hilang 2.3 kg..bolelaaa..untuk 6 hari punya diet. Next boleh try 3 hari, and lebih extreme sikit.
Makan besar (Buka Puasa)
1. telur hancur lembik-lembik
2. sambal sotong
3. sayur sawi cendawan
4. ikan tenggiri masin
sedapnyeeeeee...nangisssss ðŸ˜
2 comments:
punah semuanyaa...sembangg....hahahhaha
👀 sape dpt jumpe roti yg ber...
jeng jeng jeng..hahahah
Post a Comment