Tau tak ape maksud BERTIMBANG RASA?
Kalau tak tau meh hakak nak ajar, maksudnya, sebelum buat sesuatu kau TIMBANG-TIMBANG dulu. Lepastu RASA-RASA pula kalau-kalau keputusan yang kau ambil tu bukan sahaja terbaik pada diri kau malah pada orang lain
Pucuk pangkalnya, kau janganla bebal pentingkan diri sendiri. Fikir kepala kau, fikir hati kau, fikir geram kau atau senang aku cakap fikir ego bodoh kau tu.
Contohnya..kau suruh orang ambilkan barang kau, orang tu pulak tak jumpa cari barang yang kau suruh..kau panas, kau pergi cari sendiri. Nak jadi cerita kau jumpa barang yang kau cari tu. Lepastu kau amukkan orang yang kau suruh tadi? Apekah?? Kau tau tak orang tu nak tolong kau tapi bukan salah dia kalau dia tak dapat tolong. So BERTIMBANG RASA la sikit.
Contoh lain, orang tanya kau something yang dia tak tahu. Kau pulak lekehkan dia cakap benda mcmni pon tak tau. Ishhh geram aku..kalau aku tau, takla aku tanya kau..ape punya bangang la kau ni. Lagi sekali BERTIMBANG RASA la wei!
Lagi satu, jenis tak boleh salah sikit. Dia punya moody mengamuk tak tentu pasal..ni aku banyak kali jumpa. Kesian orang keliling. Jenis macam ni yang aku paling menyampah! Huh! Tolonglah!
Susah jumpa orang mcm ni. Bajet dia je yang betul. Judgemental tak bertempat. Dia je yang ade perasaan. Orang lain..lantak kau situ. Dasar manusia!
Tapi bagusla kadang2 aku terserempak dengan perangai2 macam ni. Baru namanya kehidupan..ye dok.
Eh eh eh..kau ni..cakap lebih..macam kau tak pernah buat perangai macam ni?
Errr...rasa tak kot..ahaksss
Dasar!!