Luahan Rasa
Semalam memang hari sentap sedunia aku. kalau boleh dipilih mana2 hari dalam hidup kau yg paling ko rasa nak terajang diri kau sendiri, memang semalam la hari yg aku pilih. mungkin ada betul jugakla org kata monday blues, tapi kalau berblues biarla ada style, baru unggul sket rasa diri ni.
memang pagi2 datang kerja kepala dah semak. macam2 nak fikir pasal kerja menimbun, pasal kereta lah, duit lah, cinta lah..ecehh, pasal mak bapak, hutang, brad pitt dan kejadah hal2 lain lagi. muka batu jer bila tengok student2 uitm lintas jalan..."aku langgar budak ni kang"..nasib ade brek.
keluar dari kereta, tekan remote..'tet-tet' terus tuju ke ofis. mcm biasa tunggu lif. lagi sekali muka batu.lif bukak..aku masuk. dem, student lelaki aku 3 org. nak taknak, maintain ramah dalam blues
mamat 3 org: hai miss
bb: eh eh..korang lagi..rajin beno saya jumpa awak ek lately ni
mamat 3 org: itu la namanye jodoh miss. asyik jumpa jer
bb: isshh.. awak ni, cakap pasal jodoh pulak, tambah2 umur sy mcm ni...issshh...malulaa
mamat 3 org: gelak3
bb: konon2 gelak
lif bukak
bb: ok see ya..(blah)
Perasan tak ayat aku kat atas tu macam nak mintak penyepak 3 kali betul2 kat hidung dengan mulut. tu ayat paling sampah yg penah aku guna. takde jatidiri langsung. bunyi desperado, gatal apetah lagi. bersepai imej2 yg aku terapkan sepanjang aku kat sini. mungkin nampak mcm takda hal sangat tapi keluar jer lif aku terus maki. WADA*AK!
okey takde hal. il probably forget abt it an hour later. ayat pujuk diri. menyumpah lagi. masuk ofis longlai. buat kerja dengan mood hampir zero. student nak datang jumpa, aku postpone kata banyak kerja. tapi memang, kerja banyak tapi tak surut2. kejadah!
nak balik rumah, kemas laptop susun barang atas meja. sambil borak2 aku gulung charger laptop. ntah aper nasib, kepala plug jatuh dari paras pinggang ke arah tepat timpa kaki aku. berguling2 aku kat situ tergolek2. ketap gigi, jerit dalam hati. yer, nampak darah keluar. membeku la kau kat situ nanti...WADA*AK LAGI!!
ok fine! optimistik kena ada. sekurang2nya 2 benda aku belajar hari ni. malu ada , sakit pun ada. biasalah, kadang2 manusia lupa. aku pun ape kurangnye.
mcm biasa, sebelum smpai rumah, melantak nasik goreng yusgee. dinner fevret aku setakat ni. usai, gerak ke kaunter nak bayar bil. adik cashier senyum2. ni pun ada kes jugak, tapi aku malas nak cerita. nanti self esteem aku bole jatuh mendadak.
habis bayar terus gerak ke kereta, 'tet-tet', bukak pintu, duduk, pakai seat belt start enjin. dem! tak boleh start. try lagi. sama jugak. try lagi dan lagi..still sama. kejadah tibe2 tak bole start ni???ko ingat pukul berapa ni, anak gadis manis sorang2 tengah2 malam kereta tak boleh start??
keluar kereta terus, lambai kawan aku. naseb baek dia tak blah lagi. pelik kereta baru angkat, tapi tak boleh start. takkan bateri buat taik??? member aku keluar kereta dia, tengok aku start enjin. lepastu terus tegur, "ko punyer gear kat D la sengal..dahla handbrake tak angkat..selamber ko jer"...kat situ jugak aku meroyan...WADA*AK WADA*AK WADA*AK!
tu antara event2 semalam yg sentap aku nak garap kat sini. yg kecik2 pon banyak, tak payahla aku nak kecoh kat sini. lama tak rase sebangang semalam. sekali2 rasa, takdala hebat mana pun kau. sembang kencang2 pun, kalau dah bangang, tetap bangang. dan yang bagusnye semalam, ada peluang aku muhasabah diri. UNTUNG LAA...
p/s: '*' stand for F