Saturday, March 16, 2013

Mau Kurus?

Okey ini random

10 SEBAB ASAS KURUS BOLEBLAH

1) Takde duit
2) Takde duit
3) Takde duit
4) Takde duit
5) Takde duit
6) Takde duit
7) Takde duit
8) Takde duit
9) Takde duit
10) Determination kuat


Oiii! Kenapa list kau tu mcmtu? sabar bang..biar sy cerita. 

Senang. bila kau takde duit, kau makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan. bila kau ade duit, kau mula meraban, beli itu, beli ini sebab kau mampu. kalau duit takde, kau mungkin makan sehari sekali, tapi kalau ade duit, pantang perut kau berbunyi, kau sumbat macam2 nak dekat 18 kali sehari. mungkin boleh kau tahan makan secara extreme, tak payah gebang, kau sendiri tahu berapa lama je boleh tahan (melainkan ada sebab no 10). bila tak tahan lagi, kau bukan saja makan, tapi kategori melantak..kenapa kau melantak sebab kau ade duit..see! tak payah komplen makan makanan berlemakla, berkarbo la, berajinomoto la..balik pada isu aku cakap tadi, u wont be buying those foods if u dont have the money to spend in the first place.

Sebab no 10 tu sebenarnya aku nak kick-out. tapi pikir2 balik, logiknya tetap ade. orang kata, nak kurus kena exercise and jaga makan as in diet. yer betul. tapi 2 hari jer ko jaga makan and exercise. seterusnya ko bantai 'makanan sihat' macam biasa. ko stop eksesais. so ape jadik diet tadi..gedebusshhh ke jamban. makanya disini, strong determination is essential because then only ul be disciplined and it takes a lot of hard work to accomplish. so aku tak suka. sebab definitely im not that type of person and that is why u are at no 10 bebeh! .ngengenge


p/s: mcm sekarang ni..tadi aku dah janji tanak makan sebab nak start diet. tapi sekarang aku lapar. vroooom2....lapar kfc la plak...hancur!


p/s lagi : Definisi kurus boleblah: tidak ada lemak terbonjol di atas pingang seluar.

Sunday, December 09, 2012

say what?u read??

hell yeah bebeh..

So BIG BAD WOLF 2012 has finally arrived once again yaw! and being held starting 7th until 23rd Dec at Mines Resort City, Serdang. kalau rajin aku wajibkan pegi. kalau malas tak payah! alang2 tu bawak semua waris walak. time ni la nak berlagak yang konon2 ko memang ulat buku. walaupon sebenarnya, kalau ingat balik last kau betul2 habis baca satu buku adalah 4 tahun dulu. 

so tak payah risau kalo beli tapi tak baca, sebab harga buku-buku yg dijual adalah tersangat murah rase nak tergolek hokey! kadang2 aku rasa murah sampai tak logik. tapi takdela bangang sampai pergi tanya kat cashier "dik ni murah sangat ni, can u pls call ur manager..biar sy ajar sket cara nak meniaga "..buduuuhh

frankly saying, i dont do books. sebab buku bosan!like seriously bosan! and to be exact, its the words that im actually having trouble with and being focus is the most difficult part of all. be it buku tu bestseller ke hape..it just wont do. so kalau dulu2, im a fiction type kinda person. tapi makin meningkat umur ni, i prefer non-fiction over fiction. aku suka facts. to me fiction sounds better and interesting when being told regardless the method used instead of reading it.tapi non fiction pon kalo tak payah baca pon lagi best...duhhh..kau cakap ape ni???

sebenarnya nak post gambo buku yang dibeli..terlebih sembang la plak..haishh



my kind



my preference



my model...err..as long it is free..why not...hahha



 i spent rm 107 for all those books. and a few by adik aku. 
buku bagak2 punya tebal tak ingat nok!
so ko cakap sekarang baloi  ke tak baloi??


Tuesday, October 30, 2012

RENUNG TENUNG


http://angelwearsgucci.blogspot.com/2012/10/oh-my-ummah.html

Sunday, October 28, 2012

Meh Ngorat






p/s: ha ha ha

Friday, October 26, 2012

Aku Memang Anak Bapak

Kala-kala hening malam macam ni, tiba2 rasa terkenang zaman kanak2 dulu, zaman muka belacan, zaman korek idung selet2, zaman pergi sekolah tak gosok gigi, zaman hidung kau berkilat hitam dek berjemur, zaman kau ingat asyik nak merambu ramba..nothing else..indah...

how i wish i could just pause the time now and go back and re-do all the things back. not that i want to  change anything back then, just nak re-live the world once again. ayat tengah stress..semua berbunga-bunga..mleggghhh!!! ni mcm konon2 post sentimental. reminiscing zaman bergetah dulu. beza aku yg dlu dengan aku yang sekarang. 

anak2 bila masih kecil, memang takde pilihan, selain kena dengar cakap orang tua, nama laennya mak bapak, makpak sedara atok nenek moyang cekgu jiran pak guard dan kezadah lagi. tipikal sang anak. aku anak yang normal. bila mak bapak suruh, buat!..kalo tak ko makan pelempang..itu kekdahnya..

setakat memakai mini skirt sebab time tu fesyen budak2 tengah in, sedangkan keting aku kering, disuruh pula memakai topi ala2 anak2 mat salleh..menyanyi cheer song pulak di tengah2 kedai makan, konon sebagai latihan lagi 2 jam nak menyanyi di pentas, depan kawan2 mak aku sebabnya dia ade parti MLM! 

hidup memang wonderpul!

bila semakin dewasa..aisshh..ayat dewasa tu memang dewasa betul...

bila semakin dewasa, aku rasakan perwatakan mak terlampau extreme untuk aku. kami adik beradik jarang spend masa dengan mak, sebab dia pekerja cemerlang di ofis. sangat cemerlang sampaikan 12 malam belum tentu ade dekat rumah membelek pelajaran anak2 mcm kriteria ibu2 mithali dulu2. kadang2 dengan aku sekali bergelimpangan tdo di ofis. banyak masa dihabiskan bersama abah. aku adik beradik pernah sampai diambil lewat dari sekolah selewat 12 malam kalau abah out station, sambil diteman akak2 kantin yg comel2..tinggal kat kantin kan..hasilnya mestila comel..itu lagi satu keindahan hidup yang jarang2 dirasa.

meningkat remaja, ketaksebuluan aku dengan mak semakin intense. pemberontakan jiwa remaja..eceh.. kedegilan dan kekerasan kepala semakin mencanak2..monolog dalaman sudah semakin berani dizahirkan dan dibuktikan. aku keras..mak jugak keras. keras2 aku pon, lembut jugak pipi ni bila diberi makan penampar. kuasa veto bukan ditangan aku..berteleku lagi aku di dalam bilik air meraung sepi dengan deraian air shower gaya nan ombak rindu. so aku sangat faham bila jiwa remaja diberontakkan..sebab aku pernah disitu..mujur tidak disapa bohjan2 rempit, kalau tak..tak taulah..Alhamdulillah

tuhan memang adil..dibaginya seorang ibu yang keras, ditimbal pula dengan seorang abah yang lembut. melankolik sungguh disitu..jangan tanya definisi lembut aku tu mcmane. kau common sense sendiri berdasarkan cerita aku.

banyak masa dihabiskan dengan abah..pergi balik sekolah abah jemput. sarapan pagi roti canai pukul 9 dekat mamak sedangkan haritu patutnya dah ada dekat sekolah..memang langkah paling otai pada zamn tu. abah cakap "alang2 lambat, biar lambat betul..minum2 cepat". kitaorang adik beradik memang kaki lambat datang sekolah. pernah rekod pukul 12 tghari. tapi tak pernah ponteng! amacam?..yeahh

dah tua2 mcmni..mak selalu terasa. katanya "ko selalu lebihkan bapak ko kan". mungkin..


SEBAB AKU MEMANG ANAK BAPAK!