Saturday, August 24, 2019

Laici

Pernah tak rasa geram tgk makanan, bila mana tangan kau baru sibuk nak bukak plastik, masuk dalam jag, letak dalam pinggan atau cari cawan sebab nak ikut protokol bagai..tapi otak kau dah 60 langkah ke depan membayangkan makanan tersebut dah dalam mulut kau sambil menghargai rembesan-rembesan nikmat yang kau bayangkan menjadi kenyataan.

So tadi aku nak minum laici. Aku punye ketahanan nak telan hanya sampai tahap bancuh dalam jug je. Last part ambil cawan dan tuang aku tak sempat buat. Gigi aku dah parkinson nak gigit laici. Lagipun jug pun macam cawan ape. Cuma dia besar je 🤪




P/s: dalam pada tu sempat rembat ais kejap. Mesti kena kasi sama dalam vision maa..apa barang minum laici tak sejuk bhai😎

Empati



Couldn’t agree more 



Ok baling phone kau sekarang.


Monday, August 19, 2019

Bridesmaids pada Umur 30an


Sebenarnya iols bidan terjun je. Bridesmaids original cancel last minit katanya. 








Tapi aku ada feeling sebenarnya cameraman tak sampai hati nak reject aku dari join gambar. Sebab aku sorang je yang men-diva baju color lain..

aku plak..pantang diajak dong! Ahaks



Ok bai.

Saturday, August 17, 2019

Alif

Budak B : Apa nama Alif yang menyanyi tu?
Aku : Alif Aziz
Budak B : bukan
Aku : Alif Satar
Budak B : bukan. Lagi2
Aku: Alif Ba Ta
Budak B: bongek. Alif Syukri la sengal

Friday, August 16, 2019

Diet Pantas

Hahahah...gelak dulu

Ok here goes

Dua minggu lepas aku tertengok satu youtuber ni try diet2 celebrity. Yang best nya diet-diet dia try paling lama pun seminggu and paling pendek 3 hari. Ada yang betul-betul berkesan, dalam satu minggu boleh turun sampai 3kg..so sis macam biasa, rasa menggelepar sangat nak try. Makanya, last week aku tekad nak try seminggu. 

Tema diet pantas kali ni, aku start dengan pengurangan makanan bergoreng dan bergula yang serius. itu je dulu..jangan nak kencang sangat aih..


The before 




Isnin (Lunch)
*before lunch buat intermittent fasting dari 8 malam - 130 petang)
1. Dua biji telur rebus
2.  Satu keping roti wholemeal gardenia. 






Isnin (Dinner)
1. Broccoli and carrot rebus 
2. Chicken breast rebus. tapi ayam rebus tiba-tiba buat tekak aku loya..so lepas rebus, ayam tu aku panggang tanpa minyak dekat atas pan. bagi nampak effect grilled sket. then season with blackpepper. 
3. Roti sommerset cottage multi grain and seeds gardenia
4. Peanut butter (brand pic's). Ingredient dia hanya peanut 99.5% dan salt.
4. Apple sebijik.

Image result for roti sommerset cottage gardeniaImage result for pic's peanut butter





Selasa (Lunch)
*before lunch  buat intermittent fasting dari 8 malam - 130 petang)
1. Pisang dole sebijik. 
2. Roti 2 keping 
3. Peanut butter 



Selasa (Dinner)
1. Apple sebijik
2. Bayam rebus
3. Roti sekeping
4. Ayam rebus di grilled tanpa minyak 
5. Sweet potato separuh.



Rabu (Lunch)
*before lunch  buat intermittent fasting dari 8 malam - 130 petang)
1. Apple sebijik. 
2. Roti 2 keping 
3. Peanut butter (brand pic's). Ingredient dia hanya peanut 95% dan 5% salt. 



Rabu (Dinner)
1. Cherry tomato
2. Roti 2 keping 
3. Bayam rebus
3. Scrambble eggs
4. Ayam rebus di grilled tanpa minyak 
5. Susu kambing karihome tanpa gula.




time dinner ni aku dah start teringat pizza, ayam goreng dan nasi ayam..motivasi dah goyah..derita mula terasa..


Khamis (Lunch)
*before lunch  buat intermittent fasting dari 8 malam - 130 petang)
1. Telur rebus sebiji
2. Pisang sebiji
3. Protein body key Amway 
4. Susu coklat untuk bancuh




Khamis (Dinner)
1. Bubur ayam. 
2. Daun sup dan daun bawang
3. Kicap 
4. Bawang putih goreng.


Time ni aku dah rasa menggigil nak nasi. almost give up. Tapi somehow gigih lagi pujuk diri. Bubur pun jadi la..heaven gila! hukhukhuk


Jumaat (Lunch)
*before lunch  buat intermittent fasting dari 8 malam - 130 petang)
1. Roti 3 keping 
2.  Chocolate spread sweet william
4. Protein body key Amway dan 
5. Sekotak susu low fat untuk bancuhan. 

Image result for sweet william chocolate spread




Jumaat (Dinner)
1. Ayam rebus di grilled, 
2. Broccoli and carrot rebus.


masa ni, aku serius nak muntah bila telan ayam tu..adeh


Sabtu
Aku tekad nak buat 5 hari je. tak sanggup nak terus kan sampai 7 hari. tapi rupa-rupanya sabtu tu puasa Arafah. so aku decide nak puasa je and tangguh makan besar masa buka..ahaks


So sebelum buka tu aku timbang dulu


hmm...hilang 2.3 kg..bolelaaa..untuk 6 hari punya diet. Next boleh try 3 hari, and lebih extreme sikit.


Makan besar (Buka Puasa)
1. telur hancur lembik-lembik
2. sambal sotong
3. sayur sawi cendawan
4. ikan tenggiri masin


sedapnyeeeeee...nangisssss 😭

Wednesday, August 14, 2019

APe Citer (APC)?

Sis dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dari UiTM yaw!

Masa dapat call dari pejabat pengarah, aku baru je lepas bergolek usai solat zohor. Habis renyuk redam baju aku. Baju kurung tu pon, baju zaman tok kaduk zaman sekolah menengah aku rasa. Student tengah cuti mid semester, jadi jangan membazir pakai baju lelawo kalau kau setakat nak melepak dekat opis je..aku bukan retis pon..sekadar pemilik blogger picisan je.. ahakss. Makanya dong, jangan dibazirin..cukup aja etika berpakaian ditepatin.

So cerita nya sekarang, aku mana tahu kena panggil nak buat penyampaian hari tuuuuu!

Adeh!



Anyway, terima kasih atas penghargaan..


Alhamdulillah..






Ok bai 😎

Friday, August 02, 2019

Rambut Berminyak





Ni mak aku tengah masak.
Tahu apa atas kepala dia tu? 

HAND TOWEL

Alaa yg sangkut kat dinding untuk lap tangan lepas basuh dekat sink tuuu..

Yang tu ok lagi.. 
Yang musykil nya kenapa pakai dekat kepala?
 Alasan dia...

“Tanak bagi rambut mak berminyak”

boleh?

Agaknya kalau pakai tudung periuk kat kepala nanti dia bergerak-gerak tak stabil...hmm

Logik tu ada 😎