SAJAK PENDEK UNTUK EMAK
dia OMAK den
walaupun pagi2 dia gendang pintu kejut subuh mahu lerai engsel pintu
dia EMAK ku
walaupun setiap kali pergi carrefour dia bergaduh dengan cashier kat situ
dia IBU ku
walaupun setiap kali salah cakap, dia tak cakap sorry tapi jelir lidah tersipu-sipu
dia wa punye MAK
walaupun dia masuk rumah, tinggal kunci kereta kat dalam kereta tapi buat tak tahu
dia BONDA terchenta
walaupun dia takde duit tapi nak beli set ruang tamu ribu-ribu
dia OMAK ooo OMAK
walaupun dia pergi mydin pakai kain hijau, baju merah, tudung biru
dia MAK aku oiiii
walaupun dia jerit, aku jauh sebatu pon dah berbulu
dia MAK aku jugak
walaupun dulu bila raya, nak beli baju, awal2 dah pesan kat aku, kalo lebih 15 engget dia tak mahu
dia mak saya
walaupun pagi2 bank tak bukak lagi, dengan selamber dia gendang pintu suruh pak guard bukak pintu
dia mak saya lagi
walaupun dulu pegi kerja awal pagi , tapi balik pukul 10 malam masih belum tentu
dia MAK i tau
walaupun pergi kerja pakai tudung pin dekat bawah dagu, balik kerja pin naek kat telinga dia buat tak tau
DISITULAH KELAINANMU..
SELAMAT HARI EMAK, MAK..
ANDA KESAYANGAN KAMI =)
p/s: semoga mak sehat sentiasa dan selalu2 masak kuew teow goreng taruk udang lebih sket eh..