Wednesday, January 27, 2016

'KELUARGA'

'Keluarga' adalah tempat dimana kau dilahirkan. Tempat buruk baik kau dibentuk. Tempat permulaan otak kau berkembang. Tempat karakter kau mula diasah. Sebab tu kau jadi selesa bila bersama 'keluarga' berbanding orang lain. Tempat di mana kau tidak bertopeng pada kebanyakan masa.

Terpulang kepada difinisi 'keluarga' masing-masing. At least untuk aku. Perangai paling taik aku selalu terjadi bila dikelilingi insan bernama 'keluarga' sedarah daging.  Abah, mak, abang, dan adik-adik. Sekarang mungkin suami. Masih sikit-sikit sebab mgkin usia rumah tangga masih muda. Kata orang masih bertatih.

Macamana tak senonoh pon 'keluarga' kau, sakai, bising, penyepah, pengotor, pendengki, menyampah sekali pun, kau tetap attached pada mereka. Kau marah macamana sekali pun, kau tetap boleh let it go dan jumpa balik huha hidup mcm biasa. Tapi kalau bukan 'keluarga', dia punya sentap lain mcm. Dan kau doa tak jumpa seumur hidup lagi bagus. So, senang cakap, perangai tak senonoh diorang  tu sometimes keep you sane. And that you are not alone in this world. Kerana kesakaian bersama-sama.

Untuk mendirikan 'keluarga' mungkin mudah. Tetapi untuk menjadi 'keluarga' yang functional tak semudah yang disangka. Banyak yang kau perlu korbankan. Hati dan perasaan terutama skali. Hidup bukan lagi berkisarkan pasal kau. Kau sorang-sorang nak happy, moody, bengang, marah tapi orang keliling kau memendam rasa. Kau bahagia ke hidup macam tu?. Setiap perbuatan kau ada impact kepada orang terutama kepada 'keluarga'. jadi muhasabahla diri. Tetapi tak mengapalah kalau perlu berkorban pun. Untuk siapa pengorbanan itu? Untuk siapa lagi kalau bukan 'keluarga'. Tempat jatuh bangun kau nanti.  Pada aku, it's a good investment.

Tu sebab orang kata nak terima orang baru untuk dijadikan 'keluarga' bukan mudah. Sebab ia adalah hubungan yang kau bina dengan jerih payah. Tangis dan tawa. Duka dan lara. Benci dan dendam. Benda ni kau dah build since belasan puluhan tahun dulu. Manakan sama dengan beberapa tahun yang kau lalui dengan orang baru. Macam kau kena start all over again. Maksud aku dengan diri kau yang benar-benar ENGKAU. Truly naked. Proses ni dinamakan blend in dan adapting yang mana ianya memakan masa dan sometimes can be painful.

Sebab tu aku tak pernah percaya 100% bila orang cakap dia dah kenal dan masak dengan aku. Sebab the 'best of me is yet to come. Sebab kalau dah datang, aku doa kau akan stay. Sebab kau orang yang terpilih. Dan kau adalah 'keluarga'. Amin dan tahniah!

Monday, January 11, 2016

Bila Nak Kahwin?



Perbualan sekitar 2 tahun lepas...


PM: bila nak kahwin ni

aku: haha..taktaula Prof (sengih2). sy tak confident

PM: knapa tak confident?

aku: sebab sy rasa banyak lagi sy tak achieve lg dlm hidup sy

PM: abis lepas kahwin tak bole achieve ke?

aku: ntahla Prof. sy fikir, nanti dah kahwin dah mcm2 nak kena fikir. nak fikir laki lagi.kalau ada anak lagi. nak belajo lg. rumah lagi..lagi satu sy sndiri pun kadang2 tak faham diri saya, ni pulak nak terima orang lain pastu nak faham orang lain. mcm kerja berat je

PM: fariza, dalam hidup ni tak semua benda jadi mcm yang kita plan. bila sampai waktunya kita kena buat semua benda tu serentak. kalau nak tunggu kita buat satu2 mgkin sampai bila pun kita belum tentu buat. yang penting masing-masing kena faham antara satu sama lain. tolak ansur. insyaallah semua nya mudah




p/s: PM  was my former supervisor during my master degree studies at UPM. one of the most amazing soul on earth I have ever met. She was diagnosed with cancer last year and knowing her, I know she's been doing just fine. We pray for your health and happiness,  always and may Allah ease everything for you and your family, Prof, Insyaallah. 

I love you Prof! (mata berhabuk)

Monday, January 04, 2016

Dulu vs Sekarang versi berat badan



kalo dulu...semua benda ko angkat naek atas penimbang konon tak heran
tapi sekarang...rase segala bulu pon ko nak cabut takut tambah beban


kalo dulu...perut ko dalam seluar
tapi sekarang...perut ko luor seluar


kalo dulu...leher ko jinjang jengjeng
tapi sekarang...leher ko dah ade bergedel


kalo dulu...kaki ko sakit terpeleot sebab ringan
tapi sekarang ..kaki ko sakit sebab berat beban


kalo dulu...orang puji ko comel kiut
tapi sekarang...orang puji ko comel bulat



benci ah!