Tuesday, October 30, 2012

RENUNG TENUNG


http://angelwearsgucci.blogspot.com/2012/10/oh-my-ummah.html

Sunday, October 28, 2012

Meh Ngorat






p/s: ha ha ha

Friday, October 26, 2012

Aku Memang Anak Bapak

Kala-kala hening malam macam ni, tiba2 rasa terkenang zaman kanak2 dulu, zaman muka belacan, zaman korek idung selet2, zaman pergi sekolah tak gosok gigi, zaman hidung kau berkilat hitam dek berjemur, zaman kau ingat asyik nak merambu ramba..nothing else..indah...

how i wish i could just pause the time now and go back and re-do all the things back. not that i want to  change anything back then, just nak re-live the world once again. ayat tengah stress..semua berbunga-bunga..mleggghhh!!! ni mcm konon2 post sentimental. reminiscing zaman bergetah dulu. beza aku yg dlu dengan aku yang sekarang. 

anak2 bila masih kecil, memang takde pilihan, selain kena dengar cakap orang tua, nama laennya mak bapak, makpak sedara atok nenek moyang cekgu jiran pak guard dan kezadah lagi. tipikal sang anak. aku anak yang normal. bila mak bapak suruh, buat!..kalo tak ko makan pelempang..itu kekdahnya..

setakat memakai mini skirt sebab time tu fesyen budak2 tengah in, sedangkan keting aku kering, disuruh pula memakai topi ala2 anak2 mat salleh..menyanyi cheer song pulak di tengah2 kedai makan, konon sebagai latihan lagi 2 jam nak menyanyi di pentas, depan kawan2 mak aku sebabnya dia ade parti MLM! 

hidup memang wonderpul!

bila semakin dewasa..aisshh..ayat dewasa tu memang dewasa betul...

bila semakin dewasa, aku rasakan perwatakan mak terlampau extreme untuk aku. kami adik beradik jarang spend masa dengan mak, sebab dia pekerja cemerlang di ofis. sangat cemerlang sampaikan 12 malam belum tentu ade dekat rumah membelek pelajaran anak2 mcm kriteria ibu2 mithali dulu2. kadang2 dengan aku sekali bergelimpangan tdo di ofis. banyak masa dihabiskan bersama abah. aku adik beradik pernah sampai diambil lewat dari sekolah selewat 12 malam kalau abah out station, sambil diteman akak2 kantin yg comel2..tinggal kat kantin kan..hasilnya mestila comel..itu lagi satu keindahan hidup yang jarang2 dirasa.

meningkat remaja, ketaksebuluan aku dengan mak semakin intense. pemberontakan jiwa remaja..eceh.. kedegilan dan kekerasan kepala semakin mencanak2..monolog dalaman sudah semakin berani dizahirkan dan dibuktikan. aku keras..mak jugak keras. keras2 aku pon, lembut jugak pipi ni bila diberi makan penampar. kuasa veto bukan ditangan aku..berteleku lagi aku di dalam bilik air meraung sepi dengan deraian air shower gaya nan ombak rindu. so aku sangat faham bila jiwa remaja diberontakkan..sebab aku pernah disitu..mujur tidak disapa bohjan2 rempit, kalau tak..tak taulah..Alhamdulillah

tuhan memang adil..dibaginya seorang ibu yang keras, ditimbal pula dengan seorang abah yang lembut. melankolik sungguh disitu..jangan tanya definisi lembut aku tu mcmane. kau common sense sendiri berdasarkan cerita aku.

banyak masa dihabiskan dengan abah..pergi balik sekolah abah jemput. sarapan pagi roti canai pukul 9 dekat mamak sedangkan haritu patutnya dah ada dekat sekolah..memang langkah paling otai pada zamn tu. abah cakap "alang2 lambat, biar lambat betul..minum2 cepat". kitaorang adik beradik memang kaki lambat datang sekolah. pernah rekod pukul 12 tghari. tapi tak pernah ponteng! amacam?..yeahh

dah tua2 mcmni..mak selalu terasa. katanya "ko selalu lebihkan bapak ko kan". mungkin..


SEBAB AKU MEMANG ANAK BAPAK!






Tuesday, October 23, 2012

zip it!

sedih..

seluar idaman sudah hilang zip
bukan sebab lebih muatan
bahana rentapan ganas time nak membuang
nak membuang tu normal...time merentap tak normal...
pepatah kata...
dah terhantuk baru nak terngadah..

apelah adam tanpa hawanya...romantis
apelah gusi tanpa giginya..sengsara
apelah seluar tanpa zipnya..duka
apelah aku tanpa seluarnya..kejii!!!

cukup2la merapu kau
ko pergi maghrib sekarang!
adeh..