Wednesday, May 18, 2011

SELAMAT HARI EMAK, MAK!

rase belom terlambat lagi...

SAJAK PENDEK UNTUK EMAK




dia OMAK den
walaupun pagi2 dia gendang pintu kejut subuh mahu lerai engsel pintu


dia EMAK ku
walaupun setiap kali pergi carrefour dia bergaduh dengan cashier kat situ


dia IBU ku
walaupun setiap kali salah cakap, dia tak cakap sorry tapi jelir lidah tersipu-sipu


dia wa punye MAK
walaupun dia masuk rumah, tinggal kunci kereta kat dalam kereta tapi buat tak tahu


dia BONDA terchenta
walaupun dia takde duit tapi nak beli set ruang tamu ribu-ribu


dia OMAK ooo OMAK
walaupun dia pergi mydin pakai kain hijau, baju merah, tudung biru


dia MAK aku oiiii
walaupun dia jerit, aku jauh sebatu pon dah berbulu


dia MAK aku jugak
walaupun dulu bila raya, nak beli baju, awal2 dah pesan kat aku, kalo lebih 15 engget dia tak mahu


dia mak saya
walaupun pagi2 bank tak bukak lagi, dengan selamber dia gendang pintu suruh pak guard bukak pintu


dia mak saya lagi
walaupun dulu pegi kerja awal pagi , tapi balik pukul 10 malam masih belum tentu


dia MAK i tau
walaupun pergi kerja pakai tudung pin dekat bawah dagu, balik kerja pin naek kat telinga dia buat tak tau


DISITULAH KELAINANMU..



SELAMAT HARI EMAK, MAK..

ANDA KESAYANGAN KAMI =)




p/s: semoga mak sehat sentiasa dan selalu2 masak kuew teow goreng taruk udang lebih sket eh..

Friday, May 06, 2011

kerana sesuap nasik....


amacam?


sila klik kalo rabun


kalo dlu sebelom kije, bangon2 jer matahari mesti dengki kat aku suluh cahaya bagi sket lagi nak buta. pukul 8-9 memang dalam mimpi. selagi tak cecah pukul 10, kalo paksa bangon jugak, mesti saket2 badan ni. so, optimumnye memang pukul 11. tak payahla cakap pukul berape aku nak sampai tempat keje kan...

so, agak2 ko la kan, kalo aku punch pukul 830pg, pukul beraper aku bangon n betolak dari umah dah kalo perjalanan dari rumah ke tempat kijer amek masa 1 jam??




p/s: punch in warne merah..punch out warne itam..barula harmoni!

Thursday, May 05, 2011

"awak kerja kat mana?"..."eh, saya kerja kat puncak alam"



Rangka manusia ditemui dalam gaung

05/05/2011 4:08pm

KUALA SELANGOR 5 Mei – Rangka manusia yang dipercayai telah meninggal dunia lebih sebulan ditemui dalam keadaan berselerak di dalam gaung di tepi Jalan Puncak Alam menuju Kuala Selangor di sini hari ini.

Lokasi penemuan rangka itu terletak kira-kira dua kilometer dari tempat pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Taib Ahmad berkata, rangka yang belum diketahui jantina itu ditemui oleh penyelenggara Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Puncak Perdana. – Utusan



p/s: nice!